Bimbang terlepas pandang jemputan, saya masih mempunyai komitmen kerja – Bella Astillah

LocalEntertainment
5 Oct 2026 • 1:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bimbang terlepas pandang jemputan, saya masih mempunyai komitmen kerja – Bella Astillah

KUALA LUMPUR: Tinggal beberapa hari sebelum melangsungkan perkahwinan, penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mengakui antara kebimbangan terbesarnya adalah terlepas pandang jemputan kenalan ke hari bahagianya bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurut Bella, persiapan menuju hari perkahwinan menjadi semakin mencabar apabila dia masih perlu memenuhi pelbagai komitmen kerja termasuk penggambaran, rakaman dan kolaborasi bersama jenama.

“Sebenarnya kebimbangan saya lebih kepada proses menuju hari bahagia. Sudah tentu saya risau sekiranya ada perkara yang terlepas pandang, terutama membabitkan jemputan.

“Dalam masa sama, saya masih mempunyai komitmen kerja seperti kolaborasi, penggambaran dan rakaman. Banyak perkara perlu dilakukan dalam satu masa. Malah, ada mesej WhatsApp daripada kawan-kawan yang saya sendiri belum sempat semak,” katanya.

Bella berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Walimatulurus Bella Astillah dan Syed Saddiq, baru-baru ini.

Mengakui ada kenalan yang mula bertanyakan mengenai jemputan, Bella memohon maaf sekiranya terdapat individu yang masih belum menerima undangan daripadanya.

“Ada yang bertanya, kenapa tidak jemput? Orang lain sudah dapat jemputan. Jadi, saya minta maaf sekiranya ada yang terlepas pandang.

“Selebihnya memang ada pasukan yang membantu saya. Saya sangat berterima kasih kepada pihak pengurusankerana banyak membantu menguruskan persiapan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Bella turut memikirkan persiapan kenduri rakyat yang bakal berlangsung di Sabah dan Muar terutama membabitkan jumlah kehadiran tetamu.

“Untuk majlis di Sabah dan Muar, kebimbangan kami adalah memastikan segala persiapan mencukupi untuk semua yang hadir. Kami sendiri tidak dapat menjangkakan berapa ramai yang akan datang.

“Di Sabah misalnya, saya tidak boleh memberikan jumlah yang spesifik. Tetapi, insya-Allah kami akan cuba melakukan yang terbaik supaya semuanya berjalan dengan lancar,” kongsinya.

Bella dan Syed Saddiq bakal diijabkabulkan dalam sebuah majlis tertutup di Menara Merdeka 118 pada 10 Oktober ini.

Susulan itu, pasangan itu bakal mengadakan dua majlis resepsi bertemakan Kenduri Rakyat di Muar, Johor pada 25 Oktober, manakala di Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober.- UTUSAN

The post Bimbang terlepas pandang jemputan, saya masih mempunyai komitmen kerja – Bella Astillah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved