BIMS 2025: Nissan Serena C28, Model Ini Pun Masuk M'sia

LocalCars
26 Mar 2025 • 9:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Antara model utama yang dilancarkan secara rasmi pada pameran Bangkok International Motor Show 2025 ialah Nissan Serena e-Power generasi C28.

Kemasukan MPV ini ke pasaran Thailand telah lama dijangkakan memandangkan model ini sudah dipertonton di Thailand pada November 2024, semasa pelancaran Serena S-Hybrid generasi C27 yang dipasang di Malaysia.

Bagaimanapun, generasi C28 hanya ditawarkan dalam satu varian, iaitu Highway Star, dengan harga 1.69 juta bhat (lebih kurang RM220,769).

image is not availableimage is not available

Dengan tawaran harga itu, media tempatan Thailand menggelar Nissan Serena e-Power C28 sebagai kereta import Jepun paling mampu milik yang dijual di negara itu.

Jadi, ada kemungkinan besar, gelaran yang diberikan itu dapat membantu melonjakkan jualannya di seluruh Thailand.

image is not available

Namun, perlu juga diingat bahawa Serena generasi C27 yang dipasang di Malaysia masih dijual di Thailand walaupun penggantinya, generasi C28, telah dilancarkan secara rasmi.

Malah, model terdahulu itu ditawarkan pada harga yang lebih murah, iaitu 1,469,000 juta bhat (lebih kurang RM191,946).

Seperti mana namanya, Nissan Serena e-Power C28 sebenarnya menggunakan teknologi rangkaian kuasa elektrik e-Power dari pengeluar Jepun ini, sama seperti yang terdapat pada model Kicks yang baru dilancarkan di Malaysia.

Sistem ini pada dasarnya adalah (EREV/REEV). Ia terdiri daripada enjin petrol 1.4 liter 3-silinder yang berfungsi sebagai penjana untuk mengecas pek bateri lithium-ion 1.77 kWh, manakala motor elektrik dipasang di hadapan mampu menghasilkan kuasa setakat 163 PS dan 315 Nm.

Antara kelebihan utama sistem ini ialah kecekapan bahan api yang sangat tinggi, dimana Nissan mendakwa purata penggunaan hanya 5.5 liter bagi setiap 100 km.

image is not available

Menjengah bahagian kabinnya, pembeli di Thailand akan mendapat Nissan Serena C28 yang hadir dengan susun atur tiga baris, tujuh tempat duduk (2-2-3) yang turut dilengkapi dengan pelbagai ruang penyimpanan.

Apa yang menarik, tempat duduk barisan ketiga boleh dilipat ke atas bagi membesarkan lagi ruang kargo, manakala baris kedua menampilkan dua tempat duduk kapten untuk keselesaan lebih premium.

Di bahagian hadapan pula, ia hadir dengan papan pemuka dilengkapi paparan digital interaktif 7 inci untuk panel instrumen, serta skrin sentuh infotainmen 9 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto serta ada kawalan fizikal untuk sistem pendingin hawa.

image is not available

image is not availableimage is not available

Menyentuh mengenai ciri-ciri keselamatan, Nissan Intelligent Mobility Safety System didatangkan sebagai ciri standard, iaitu Brek Kecemasan Pintar Amaran Keluar Lorong, (LDW), Amaran Titik Buta (BSW), serta Kawalan Jelajah Pintar (ICC).

Dikhabarkan, Thailand kini menjadi pasaran terbaharu di rantau ini yang menerima Nissan Serena e-Power C28, selepas Singapura dan Indonesia.

Selepas ini, ia mungkin akan memasuki pasaran Malaysia sebagai destinasi seterusnya, dan ada kemungkinan besar, ia akan dipasang secara tempatan (CKD) seperti model terdahulu.