Bing Chat Meningkatkan Had Sesi Dan Mengubah Focus Jawapan Yang Diberikan

TechnologyDigital
22 Feb 2023 • 11:04 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Bing Chat yang diumumkan beberapa minggu lalu membolehkan carian Bing yang lebih berbentuk perbualan diberikan. Tidak seperti keputusan carian biasa, Bing Chat mampu memberikan saranan topik yang lebih tepat lengkap dengan pautan kepada laman yang bersesuaian.

Kerana ia digunakan secara meluas, pengguna melaporkan Bing Chat akan mula menawarkan jawapan yang aneh atau tidak relevan semakin lama perbualan dilakukan yang memaksa Microsoft menghadkan pengguna kepada 50 sesi sehari dengan 5 soalan untuk setiap sesi.

image is not available

Hari ini ia dinaikkan ke 60 sesi sehari dengan 6 soalan untuk setiap sesi. Ini dilakukan selepas mengambil maklum balas dari pengguna yang inginkan sesi perbualan lebih panjang. Microsoft mempunyai perancangan untuk meningkat had ke 100 sesi sehari dalam masa terdekat.

Turut diumumkan ialah pengguna boleh mengubah fokus jawapan yang diberikan oleh Bing Chat. Terdapat tetapan Precise yang memberikan jawapan lebih pendek, Balanced untuk lebih seimbang dan Creative yang akan memberikan jawapan lebih panjang seperti sesi perbualan biasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved