Microsoft Merancang Untuk Memperkenalkan Pengiklanan Pada Bing Chat

TechnologyDigital
19 Feb 2023 • 1:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft sedia tempa nama mereka sejak seminggu kebelakangan ini melalui pengenalan Bing Chat – iaitu sokongan carian dalam bentuk bersembang atau berbual bersama janaan kecerdasan buatan. Ramai yang menggunakan Bing untuk menguji ciri yang dijana dengan teknologi sama seperti pada ChatGPT ini.

Kini, dengan popularitinya, Microsoft dilaporkan telah mula merancang untuk menguji pengiklanan pada Bing Chat ini.

Perbincangan berkenaan dengan sejumlah agensi pengiklanan kini pada peringkat awal, membolehkan iklan diintegrasikan pada Bing Chat.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah pengiklanan akan diketengahkan. Mungkin kita boleh melihat ia dipaparkan melalui hasil yang dijana, disamping mungkin dipertontonkan sementara pengguna perlu menantikan pemuatan jawapan daripada kecerdasan buatan yang kadang-kala mengambil masa beberapa saat lamanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved