“Bini pertama ada muka dalam ni ke” – Netizen ‘Meluat’ Lihat Mira Tanya Pasal Isteri Lama View Chin Dalam Video

Entertainment
5 Mar 2024 • 4:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas kemelut dan kontroversi mengenai perceraian akibat orang ketiga mendiam, Mira dan View Chin dikatakan sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila Mira telah mengeluarkan satu kata-kata yang bikin netizen panas.

Dalam video tersebut, Mira dilihat menyelongkar barang-barang di dalam beg View Chin sebagai salah satu content video dan dia tiba-tiba dilihat bertanyakan sesuatu berkenaan isteri lama ahli perniagaan itu.

 

“Bini pertama ada muka dalam ni ke?”

Perkara ini pastinya menjadi perbualan netizen dan ramai mula mengaitkannya dengan ‘kes lama’ yang terpalit di antara View Chin, Mira dan bekas isteri View Chin, Ah Moi yang ramai sedia maklum mengenainya.

Mejengah ke ruang komen, netizen dilihat mengkritik dan memberi pandangan sinis terhadap pertanyaan yang diajukan Mira itu kerana dianggap ‘mengungkit’ mengenai hal berkenaan bekas isteri View Chin biarpun mereka dah lama bercerai.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Hmm apa pendapat korang tentang video ni?

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.