Bintang Beverly Hills 90210, Shannen Doherty Meninggal Dunia

14 Jul 2024 • 9:27 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Khabar duka datang dari dunia Hollywood. Salah seorang aktres terkenal sekitar tahun 90-an, Shannen Doherty meninggal dunia pada usia 53 tahun.

Doherty yang cukup ikonik dengan siri Beverly Hills 90210 dan Charmed dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu, 13 Julai 2024 selepas bertarung dengan kanser payudara.

“Dengan berat hati kami mengumumkan aktres Shannen Doherty telah meninggal dunia pada Sabtu, 13 Julai 2024 selepas bertahun-tahun bertarung dengan kanser,” bunyi kenyataan yang dikongsikan pihak Doherty kepada People.