Bintang 'Heroes' Dan 'Nashville', Hayden Panettiere Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun

EntertainmentMovie
17 Aug 2026 • 2:36 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Bintang 'Heroes' Dan 'Nashville', Hayden Panettiere Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun

Pelakon Amerika Syarikat, Hayden Panettiere, yang terkenal menerusi siri televisyen Heroes dan Nashville, meninggal dunia pada usia 36 tahun.

Wakilnya mengesahkan berita itu kepada ABC News, manakala bapanya, Skip Panettiere, dalam satu kenyataan meminta ruang dan privasi buat keluarga untuk menghadapi kehilangan berkenaan.

Hayden Panettiere meninggal dunia

"Dengan penuh kesedihan, kami mengumumkan pemergian tragis Hayden tersayang.

"Dia merupakan insan luar biasa yang membawa kasih sayang dan kegembiraan kepada semua yang mengenalinya," katanya.

Bagaimanapun, punca serta keadaan kematian Panettiere belum didedahkan.

Panettiere memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak sebelum mencipta nama dalam industri televisyen dan filem menerusi watak Claire Bennet dalam siri popular Heroes serta Juliette Barnes dalam drama muzikal Nashville.

Beliau turut membintangi filem seperti Remember the Titans, Raising Helen, Ice Princess dan Scream 4, selain kembali membawa watak Kirby Reed dalam francais Scream pada 2023.

Sepanjang hidupnya, Panettiere terbuka berkongsi mengenai cabaran yang dilaluinya sejak bergelar bintang kanak-kanak, termasuk kemurungan selepas bersalin, ketagihan, trauma dan keganasan rumah tangga.

Pada Mei lalu, beliau menerbitkan memoir bertajuk This Is Me: A Reckoning yang menceritakan pengalaman peribadinya serta perjuangan mendapatkan semula kehidupannya selepas melalui pelbagai episod sukar.

Baca juga:

Dalam wawancara bersama Good Morning America pada 2022, Panettiere turut berkongsi mengenai perjuangannya berdepan masalah alkohol dan kemurungan selepas bersalin selepas melahirkan anak perempuannya, Kaya Klitschko, pada 2014 bersama bekas tunangnya, juara tinju kelas berat Wladimir Klitschko.

Kehidupan Panettiere turut diuji dengan kehilangan adiknya, Jansen Panettiere, yang meninggal dunia secara mengejut pada Februari 2023 pada usia 28 tahun akibat pembesaran jantung atau kardiomegali, selain komplikasi injap aorta.

Dalam satu wawancara bersama People dua tahun selepas kematian adiknya, Panettiere mengakui kesedihan itu akan sentiasa menjadi sebahagian daripada hidupnya.

“Saya akan sentiasa patah hati mengenainya. Saya tidak akan pernah dapat melupakan kehilangan itu,” katanya.

Pemergian Panettiere berlaku kurang seminggu sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-37 pada Jumaat ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved