Bintang ‘Heroes’ Hayden Panettiere Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun, Punca Kematian Belum Didedahkan

Entertainment
17 Aug 2026 • 3:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Amerika Syarikat Hayden Panettiere, yang cukup dikenali menerusi siri popular Heroes dan Nashville, dilaporkan meninggal dunia pada usia 36 tahun.

Berita pemergian Hayden disahkan wakilnya kepada ABC News pada Ahad, manakala keluarganya turut mengeluarkan kenyataan mengenai kehilangan pelakon berkenaan.

Advertisement
View this post on Instagram

Dalam kenyataan tersebut, pemergian Hayden disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat keluarga, rakan-rakan serta jutaan peminat yang mengikuti perjalanan kerjayanya.

“Dengan penuh dukacita kami berkongsi berita pemergian tragis Hayden yang kami kasihi. Beliau merupakan seorang yang membawa kegembiraan dan kasih sayang yang tidak terhingga kepada semua yang mengenalinya serta jutaan penonton yang menyaksikannya di layar,” menurut kenyataan itu.

Setakat ini, punca kematian Hayden Panettiere masih belum didedahkan kepada umum.

Popular Menerusi Heroes Dan Nashville

Hayden memulakan kerjaya dalam dunia hiburan sejak kecil sebelum namanya melonjak naik menerusi watak Claire Bennet dalam siri fiksyen sains Heroes yang mula ditayangkan pada 2006.

Dia kemudian terus mendapat perhatian menerusi watak penyanyi Juliette Barnes dalam drama muzikal Nashville. Lakonannya dalam siri tersebut turut membolehkannya meraih dua pencalonan Golden Globe.

View this post on Instagram

Selain televisyen, Hayden turut membintangi beberapa filem terkenal sepanjang kerjayanya termasuk Remember the Titans, Raising Helen, Ice Princess, Scream 4 dan Scream VI.

Kemunculannya menerusi francais Scream turut menjadikan watak Kirby Reed antara karakter yang cukup dikenali dalam perjalanan kerjayanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Bintang ‘Heroes’ Hayden Panettiere Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun, Punca Kematian Belum Didedahkan2026-08-17 13:44:32

"Kalau Teruskan, Aina Abdul Jadi Ahli Neraka..." -Pempengaruh Tareq Fit

The post Bintang ‘Heroes’ Hayden Panettiere Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun, Punca Kematian Belum Didedahkan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved