Bintang Suara Melilea 2026 platform perkasa bakat muda

21 Aug 2026 • 2:13 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Bintang Suara Melilea 2026

PETALING JAYA: Pertandingan pencarian bakat Bintang Suara Melilea 2026 bakal menjadi platform untuk golongan muda membina keyakinan diri, mengembangkan bakat serta mendapatkan pendedahan kepada industri.

Menurut penganjur, Melilea (M) Sdn. Bhd., program berkenaan merupakan inisiatif di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MELILEA yang bertujuan mencungkil, membimbing dan memperkasa bakat baharu dalam kalangan generasi muda.

Katanya, menerusi tagline ‘Impian Anda · Suara Anda · Masa Depan Anda’, program itu bukan sekadar mencari pemenang, sebaliknya memberi ruang kepada peserta mengenali kekuatan diri dan mengembangkan potensi masing-masing.

“Tagline ini mencerminkan aspirasi program yang bukan sekadar mahu mencari seorang pemenang, tetapi membuka ruang kepada setiap peserta untuk mengenali kekuatan diri, membina keyakinan dan mengembangkan bakat yang dimiliki ke tahap lebih tinggi.

“Bagi MELILEA, kejayaan tidak hanya bergantung kepada bakat semata-mata, tetapi turut memerlukan usaha, disiplin, ketekunan, bimbingan dan keberanian untuk mengambil peluang,” katanya dalam kenyataan.

Selain ruang untuk mengetengahkan kebolehan, peserta turut berpeluang mendapatkan pendedahan industri serta panduan profesional daripada penggiat industri berpengalaman.

Menurutnya, penganjuran program itu turut berlandaskan falsafah MELILEA, ‘Transforming Lives’, yang menekankan usaha memberi nilai, membuka peluang dan membantu individu mengembangkan potensi diri.

“Kami percaya setiap individu berhak mendapat peluang untuk berjaya tanpa mengira latar belakang.

Apabila seseorang diberikan ruang untuk menyerlahkan kebolehan, dibimbing dengan baik dan diberi keyakinan, perubahan itu bukan sahaja boleh mengubah kehidupan individu tersebut, malah memberi kesan positif kepada keluarga dan masyarakat,” katanya.

Selaras dengan semangat Malaysia MADANI, MELILEA berharap BINTANG SUARA MELILEA 2026 dapat menjadi antara usaha sektor korporat dalam menyokong pembangunan generasi muda yang kreatif, berkeyakinan, berintegriti dan mempunyai jati diri.

Program itu juga diharap dapat membuka lebih banyak peluang kepada bakat baharu untuk berkembang dan membawa potensi mereka ke tahap lebih tinggi.

The post Bintang Suara Melilea 2026 platform perkasa bakat muda appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved