“Bisnes Baru Nak Up, Belagak Betul” – Tak Boleh Terima ‘Feedback’ Pelanggan, Lokal ‘Fast Food’ Dikenali Ramai Dikecam

LocalOpinion
6 Jun 2025 • 12:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, melalui platform Threads, tular satu hantaran memaparkan luahan rasa tidak puas hati seorang netizen mengenai lokal fast food yang kini makin dikenali ramai dek artis popular ‘promote’ restoran terbabit.

Dalam hantaran yang dimuat naik, individu tersebut pertikaikan cara admin yang menjaga platform media sosial restoran berkenaan membalas feedback daripada pelanggan yang telah mencuba makanan disana.

image is not available

Cara admin itu membalas komen-komen pelanggan seperti tidak mahu menerima bahawa makanan mereka tidak sempurna.

Bahkan, di dalam salah satu komen yang dibalas, admin tersebut siap meletak emoji seakan-akan menyampah dengan komen pelanggan berkenaan.

image is not available

Barangkali sedar dengan kecaman yang diterima, individu yang tidak berpuas hati ini memberitahu komennya telah dipadam oleh pihak lokal fast food itu.

image is not available 1 day ago

Tular Video Kanak-Kanak Pakai Kostum, Usung 'Tip Box' Di Parkir Pasar Raya Cetus Perhatian - "Kesiannya, Umur Macam Ni Dah Kena Kerja"