“Pekerja Akan Periksa..” – Tempat Duduk Lelaki & Perempuan Diasingkan, Kedudukan Panggung Wayang Di Terengganu Curi Perhatian

4 Jun 2025 • 12:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular satu hantaran di TikTok yang dimuat naik oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Ieda berkongsikan pengalamannya sewaktu mengunjungi pagung wayang Lotus Five Star di Kuala Terengganu.

Tempat duduk lelaki dan perempuan berasingan

Dapat dilihat dalam video tersebut, wanita itu sedang membeli tiket wayang filem Final Destination dan selepas itu dirinya perlu memilih waktu tayangan.

Hal yang menjadi perhatian ramai apabila panggung wayang terbabit mengasingkan ruangan tempat duduk mengikut kategori jantina serta keluarga.

Pekerja akan periksa kad nikah

Tindakan tersebut dilakukan demi menjaga ikhtilat berlainan jantina, di mana kaum lelaki di sebelah kiri, manakala kaum wanita di sebelah kanan.

image is not available

image is not available

Kata Ieda, sekali sekala pekerja di panggung wayang tersebut akan memeriksa kad nikah penonton bagi memastikan pasangan yang memilih tempat duduk di bahagian keluarga merupakan pasangan suami isteri yang sah.

Meninjau respon netizen di hantaran tersebut, rata-ratanya sokong tindakan tersebut dilakukan di setiap panggung wayang yang ada di dalam Malaysia agar dapat mengelakkan berlaku hal yang tidak sepatutnya.

image is not available 2 years ago

"Adakah Dia Isteri? Kamu Tak Tunduk Pandangan, Kamu Berjalan Di Sisinya, Duduk Bersebelahan" - Individu Tegur Ebit Lew