BlackBerry Bercadang Membuka Pusat Keselamatan Siber Di Malaysia – Pertama Di Rantau Asia Pasifik

TechnologyDigital
17 Oct 2023 • 7:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Kanada Malaysia pada petang semalam, termasuk bertemu sejumlah pihak yang berpusat di Kanada, seperti BlackBerry.

image is not available

Dalam pertemuan berkenaan, pihak BlackBerry menyatakan hasrat untuk membuka Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber BlackBerry di Malaysia – sekaligus akan menjadikan ia yang pertama di rantau Asia Pasifik ini.

Untuk makluman, BlackBerry terkenal dengan penawaran telefon pintar sekitar lebih sedekad yang lepas. Namun, popularitinya menurun selepas itu, membuatkan BlackBerry lebih memfokuskan kepada penawaran perkhidmatan sekuriti.

Pembukaan pusat sedemikian di Malaysia juga sekaligus akan terus memperluaskan lagi pembangunan bakat tempatan, disamping membawa kepada limpahan kesan positif dalam arena industri sekuriti di Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved