BlackBerry Mahu Kolaborasi Dengan Malaysia

Politics
17 Oct 2023 • 1:53 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Syarikat utama Kanada yang menawarkan perisian dan perkhidmatan penyelesaian keselamatan siber, BlackBerry mahu kolaborasi dengan Malaysia.

BlackBerry Mahu Kolaborasi Dengan Malaysia

image is not available

Menurut laporan Bernama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pesuruhjaya Tinggi Kanada Wayne Robson memaklumkan perkara itu semasa kunjungan hormatnya ke Malaysia.

Kunjungan hormat tersebut turut disertai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif BlackBerry Cybersecurity, John Gianmatteo petang semalam.

image is not available

Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Tan Sri Mohamad Salin Fateh Din dan Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) Dr Megat Zuhairy Megat Tajuddin.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Anwar yang juga Menteri Kewangan menulis bahawa syarikat itu bercadang untuk membuka Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber BlackBerry yang pertama di rantau Asia Pasifik.

image is not available

Gambar sekadar hiasan

“Saya nyatakan pendirian Malaysia untuk terus membuka peluang dan memudah cara pelaburan berkualti yang ingin dibawa pihak luar.
“Moga komitmen dan usaha bersepadu yang sedang dilaksana Kerajaan Perpaduan dalam menstruktur ekonomi dapat menarik minat lebih ramai pelabur asing,” katanya.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved