Blue Cap Run 2025 meraih RM700,000 untuk penyelidikan dan rawatan pesakit kanser prostat

17 Nov 2025 • 9:15 AM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: Blue Cap Run 2025 meraih RM700,000 untuk penyelidikan dan rawatan pesakit kanser prostat
Menggalakkan kesedaran mengenai kanser prostat di Blue Cap Run 2025, dengan sokongan Yayasan MR D.I.Y. Dalam gambar (dari kiri ke kanan): Prof. Dr Ong Teck Aik, Dato' Sri Loo Chong Peng, Prof. Dato' Dr Yang Faridah, dan YB Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan Malaysia). Foto oleh MR D.I.Y.

Semangat perpaduan, keberanian dan keprihatinan terserlah di acara Blue Cap Run 2025, yang berjaya menghimpunkan lebih 2,500 peserta termasuk bekas pesakit kanser, rakan korporat, pakar perubatan dan orang ramai - semuanya bersatu dalam usaha meningkatkan kesedaran dan sokongan terhadap kanser prostat. Acara ini dianjurkan bersama oleh Yayasan MR D.I.Y., yayasan kebajikan Kumpulan MR D.I.Y., dan Universiti Malaya (UM).

Bertempat di Gamuda Cove, acara ini telah disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, yang mengucapkan tahniah kepada para penganjur kerana menerajui usaha meningkatkan kesedaran mengenai kanser, di samping memupuk penglibatan komuniti dan menggalakkan gaya hidup yang sihat.

Para peserta mengambil bahagian dalam dua kategori - Larian Terbuka 5KM dan Larian Bekas Pesakit Kanser 1KM, kedua-duanya dianjurkan khas untuk menghargai para pejuang kanser dan menggalakkan penyertaan inklusif. Pemandangan lautan topi biru yang menjadi simbol acara ini memberikan penghormatan penuh bermakna terhadap perjuangan melawan kanser prostat.

Melalui sokongan dan sumbangan bersama, acara ini berjaya meraih lebih RM700,000, yang akan disalurkan ke Tabung Amanah Kanser Urologi Universiti Malaya (UCTF) bagi menyokong penyelidikan, rawatan pesakit dan program kesedaran mengenai kanser prostat.

Zaleha Mohd Mydin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MR D.I.Y., berkata: “Kami amat terharu dengan sambutan luar biasa terhadap penglibatan kali pertama Yayasan MR D.I.Y. dalam Blue Cap Run. Acara hari ini bukan sekadar tentang larian, tetapi meraikan kehidupan, keberanian dan kasih sayang, terutamanya buat bekas pesakit kanser. Kerjasama kami dengan Universiti Malaya mencerminkan komitmen berterusan untuk menyokong inisiatif kesihatan yang memberi manfaat dalam kehidupan rakyat Malaysia.”

Acara ini diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah, di mana para pemenang menerima baucar tunai dan trofi. Beberapa peserta turut pulang dengan hadiah cabutan bertuah. Namun, kemenangan sebenar adalah milik semua yang berlari bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi juga untuk merakamkan solidariti dengan bekas pesakit kanser.

Kejayaan Blue Cap Run 2025 membuktikan kuasa kerjasama antara sektor swasta, institusi akademik dan komuniti, bagaimana usaha bersama dapat mendorong kesedaran, empati dan perubahan di seluruh negara. Ini merupakan peringatan yang amat bermakna untuk matlamat utama acara ini, iaitu melawan kanser prostat.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif kemampanan dan program komuniti Yayasan MR D.I.Y., layari laman web MR D.I.Y, www.mrdiy.com, atau media sosialnya di Facebook, Instagram, dan TikTok.