Blueshark Dan Grab Bekerjasama Untuk Memperkasakan Penggunaan Kenderaan Elektrik

TechnologyDigitalCars
9 Aug 2023 • 4:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Blueshark, syarikat pembuat motosikal elektrik tempatan hari ini telah menandatangani perjanjian dengan syarikat teknologi dan serupandu Grab untuk memperkasakan penggunaan kenderaan elektrik, khususnya dikalangan rakan penghantaran makanan dan barangan mereka.

image is not available

Menurut laporan The Star, Blueshark dan Grab akan memperkenalkan program untuk membolehkan 80,000 rakan penghantar makanan dan barangan yang menggunakan motosikal enjin pembakaran dalaman bertukar kepada motosikal elektrik berjenama Blueshark.

Kerjasama ini dilihat akan membantu kedua-dua syarikat untuk mempromosikan usaha ESG (Persekitaran, Sosial, Tadbir urus) mereka, disamping membantu pengguna kenderaan tempatan untuk melihat dan mencuba bagaimana ia dapat membantu dalam mengurangkan pencemaran udara tempatan.

image is not available

Blueshark turut mengatakan bahawa mereka akan memperkenalkan dua inisiatif dalam membantu rakan penghantar barangan Grab untuk bertukar kepada motosikal elektrik. Pertama ialah Program Perintis R1 dimana Blueshark akan membekalkan 50 motosikal elektrik Blueshark R1 secara percuma untuk diuji oleh rakan penghantar barang Grab.

Inisiatif kedua pula ialah program pembangunan basikal elektrik Blueshark IOV Motorcycle yang mana mereka akan membangunkan motosikal tersebut, dan menjualnya kepada rakan penghantaran barangan Grab pada harga istimewa.

image is not available

Bukan itu sahaja, mereka yang menyertai program dan inisiatif ini akan menerima sepasang bateri motosikal pada harga RM79 sebulan untuk enam bulan pertama, dimana selepas itu ia akan ditawarkan pada harga RM110.

Bukan itu sahaja, untuk RM139 sebulan, mereka akan menerima tawaran pertukaran bateri tanpa had BlueSwap Pro selama tiga bulan di Stesen Bateri BlueSwap.

Ini juga adalah sebahagian daripada komitment Grab untuk memastikan bahawa syarikat tersebut mencapai taraf “karbon neutral” menjelang 2024 sebagai sebahagian daripada janji mereka untuk menjadi sebuah syarikat yang mampu berkembang secara mampan dan terangkum.