BlueSky Kini Mempunyai 38 Juta Pengguna Berdaftar

Digital
7 Aug 2025 • 5:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Platform media sosial BlueSky kini mencatatkan sebanyak 38 juta pengguna berdaftar. Ia menunjukkan peningkatan ketara berbanding 30 juta pengguna yang diumumkan pada Januari lalu.

image is not available

Lonjakan ini memperlihatkan penerimaan positif dalam kalangan pengguna yang semakin terbuka untuk mencuba alternatif kepada platform media sosial biasa.

BlueSky menawarkan pengalaman seumpama Twitter namun dengan kelebihan yang membolehkan pengguna beralih antara perkhidmatan tanpa kehilangan kandungan.

BlueSky pada asalnya merupakan projek dalaman Twitter sebelum ia diasingkan sebagai entiti berasingan. Peningkatan jumlah pengguna ini juga dipercayai didorong oleh perubahan yang berlaku pada aplikasi X (dahulunya Twitter) yang kini dirasakan kurang relevan oleh sebahagian pengguna.

image is not available

Selain BlueSky, terdapat juga beberapa platform alternatif lain yang mula mendapat perhatian pengguna. Salah satu daripadanya ialah Daun iaitu sebuah aplikasi media sosial yang dibangunkan sepenuhnya di Malaysia.

Daun menawarkan antaramuka yang mesra pengguna, serta menggunakan istilah dan ikon unik berasaskan tumbuh-tumbuhan termasuk Bunga untuk tanda suka (Like). Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Daun di Google Play Store dan Apple App Store hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved