Bluesky Kini Mempunyai Lebih 9 Juta Pengguna

TechnologyDigital
8 Sep 2024 • 10:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bluesky, salah satu perkhidmatan yang menawarkan pengalaman lebih kurang seperti Twitter, kini memaklumkan mereka mempunyai lebih 9 juta pengguna seluruh dunia dibawah platform mereka. Penambahan drastik kebelakangan ini adalah apabila halangan terhadap platform X dilakukan di Brazil, membuatkan ramai beralih ke Bluesky.

Bluesky merupakan salah satu laman sosial terpencar yang menggunakan protokol AT, dan telah memulakan ujian tertutup untuknya sejak 2023 yang lepas. Ia dimulakan dengan memerlukan jemputan untuk menggunakannya, sebelum diperluaskan secara berperingkat dan kini sedia dibuka kepada umum.

Melalui kemaskini terbaru, Bluesky menyatakan majoriti pengguna baharu yang mendaftar dan menggunakan platform mereka adalah pengguna di Brazil. Sekitar 3 juta pengguna dari Brazil sahaja telah ditambah dalam masa terdekat ini.

this morning we crossed THREE MILLION new users!that brings our total size to over 9 million people. welcome everyone! we're so glad you're here (and yes, video is coming soon)

Bluesky (@bsky.app) 2024-09-06T22:14:04.605Z

Dengan lebih banyak negara mula melihat kepada kaedah kawalan kandungan di Twitter, tidak mustahil kita melihat angka pengguna Bluesky terus bertambah dari hari ke hari selepas ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved