BMS Holdings buka galeri Senova Bath & Kitchen di Johor Bahru

21 Sep 2026 • 4:45 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: BMS Holdings buka galeri Senova Bath & Kitchen di Johor Bahru

PETALING JAYA: BMS Holdings Berhad (BMS Holdings) memperkenalkan bilik pameran runcit peralatan mandian dan dapur, Senova Bath & Kitchen yang pertama seumpamanya di Johor Bahru.

Berkeluasan kira-kira 2,600 kaki persegi, galeri itu menjadi langkah syarikat memperkukuh kehadirannya dalam segmen peralatan mandian dan dapur, selain mempelbagaikan sumber pertumbuhan di samping perniagaan jubin dan permukaan batu sedia ada.

Pengarah Urusan BMS Holdings, Ang Kwee Peng berkata, pembukaan galeri itu membolehkan syarikat memainkan peranan lebih besar dalam memenuhi keperluan pelanggan bagi ruang dapur dan bilik mandi.

“Selama lebih tiga dekad, kami telah membantu pelanggan memilih jubin dan permukaan yang menjadi sebahagian daripada kediaman mereka.

“Dengan Senova, kami memainkan peranan yang lebih besar dalam pelan bilik mandi dan dapur mereka, dan memberikan kategori ini fokus yang kami percaya mereka layak terima,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, dapur dan bilik mandi merupakan antara ruang penting dalam kediaman yang digunakan setiap hari, menjadikan pemilihan peralatan bagi kedua-dua ruang itu sebagai keputusan jangka panjang bagi pelanggan.

“Kami mahu Senova menjadi nama yang mereka gunakan dengan yakin, dan kami teruja untuk membina hubungan itu daripada galeri pertama kami di Johor Bahru,” katanya.

Galeri berkenaan terletak di Taman Tun Aminah, Johor Bahru, di kawasan yang mempunyai deretan premis berkaitan pembaikan rumah termasuk peruncit jubin, lantai dan peralatan kebersihan.

Lokasi itu turut bersebelahan dengan bilik pameran runcit Jubin BMS Taman Tun Aminah milik BMS Holdings yang telah beroperasi di kawasan sama selama lebih 20 tahun.

Beliau berkata, keadaan itu membolehkan pelanggan mendapatkan produk jubin dan permukaan batu di bilik pameran Jubin BMS sebelum melengkapkan keperluan peralatan mandian dan dapur di galeri Senova Bath & Kitchen.

“Pembukaan galeri ini turut memperkenalkan format runcit baharu dalam rangkaian BMS Holdings di Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

“Ia sekali gus memberi peluang kepada syarikat memenuhi lebih banyak keperluan pelanggan merangkumi jubin, permukaan batu, peralatan mandian dan dapur.

“Selain menawarkan rangkaian produk peralatan mandian dan dapur, galeri itu turut memberi penekanan kepada konsep runcit “tunai dan bawa” bagi produk terpilih yang cepat laku dan tersedia untuk dibeli, termasuk aksesori, peralatan paip dan kelengkapan lain,” katanya.

Konsep itu membolehkan pelanggan mendapatkan barangan sedia ada bagi keperluan pembaikan rumah segera, di samping melengkapi jualan berasaskan projek sedia ada syarikat.

Sempena pembukaan itu, galeri Senova Bath & Kitchen turut menawarkan pakej promosi dan hadiah percuma terpilih kepada pelanggan sedia ada BMS Holdings serta pembeli baharu. – UTUSAN

The post BMS Holdings buka galeri Senova Bath & Kitchen di Johor Bahru appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved