BN akan bawa kembali GST jika menang pilihan raya – Wee Ka Siong

LocalPolitics
7 Oct 2026 • 10:04 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: BN akan bawa kembali GST jika menang pilihan raya – Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan membawa kembali pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya gabungan itu memenangi pilihan raya akan datang.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, GST dilihat penting bagi membantu memperkukuh ekonomi negara selain memberi manfaat kepada rakyat.

“Kalau Agenda Biru betul-betul kita menang pilihan raya, nombor satu, GST kena bawa balik.

“Ini janji kita. Perjuangan kita tidak pernah berhenti sehingga hari ini kerana saya melihat perkara ini sangat penting dan membantu rakyat,” katanya dalam BN Forum ke-12: Agenda Malaysia Biru di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), di sini hari ini.

Ka Siong berkata, perkembangan semasa turut menunjukkan terdapat komponen dalam sistem GST yang masih digunakan dalam sistem percukaian ketika ini, termasuk e-Invois.

“Buat kali pertama kita dapat melihat apa yang selama ini mereka sarankan dan apa yang mereka cuba tutup. Saya dengan KJ (Khairy Jamaluddin) dahulu pernah dikatakan bahawa GST ini tidak baik.

“Tetapi tiba-tiba mereka kata GST ada baiknya. Mereka kata sebab itulah SST menggunakan komponen GST yang baik. Apa dia? e-Invois!

“e-Invois itu sebenarnya sebahagian daripada GST. Sebab itu, kalau mahu membentuk sistem yang lebih teratur, mudah sahaja, kita hanya perlu menunjukkan bukti.

“Sebab itu sistem tersebut lebih tertib dan perkara ini sebenarnya sudah kita ketahui sejak 12 tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, alasan bahawa Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) sudah digunakan hampir 50 tahun bukan alasan untuk menolak GST yang menurutnya digunakan secara meluas di negara lain.

“SST sudah lama, hampir 50 tahun. Takkanlah 175 negara di seluruh dunia yang menggunakan GST semuanya bodoh?Bukan kerana ia lama, tetapi kerana GST lebih meluas diterima dan membantu meningkatkan taraf ekonomi kita,” katanya.-UTUSAN

The post BN akan bawa kembali GST jika menang pilihan raya – Wee Ka Siong appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved