BN belum rancang kerjasama dengan PN tawan Putrajaya

LocalPolitics
15 Nov 2026 • 4:42 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: BN belum rancang kerjasama dengan PN tawan Putrajaya

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) belum pernah merancang untuk pergi lebih jauh dalam kerjasama politik dengan Perikatan Nasional (PN) termasuklah melibatkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama antara BN dan PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dan Melaka merupakan tafahum siyasi atau kesefahaman politik.

Katanya, setakat ini BN belum pernah merancang untuk pergi lebih jauh dengan kerjasama sama tersebut termasuklah bagi menawan Putrajaya dalam PRU16 kelak.

“Apa yang kita telah lalui, khususnya untuk (PRN) Negeri Sembilan dan Melaka, merupakan tafahum siyasi, ertinya kesefahaman politik. Kita belum pernah merancang untuk ke arah yang lebih jauh lagi.

“Tetapi kalau tiba masanya dan keadaan memerlukan, kita akan duduk bersama-sama,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran Parti Progresif Penduduk, di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada BN mahu memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membubarkan Parlimen dalam masa terdekat, Ahmad Zahid berkata ia merupakan hak dan mandat Perdana Menteri.

“Kalau itu keadaan yang disebutkan juga oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka beliau mempunyai hak dan mandat untuk melakukannya (membubarkan Parlimen),” katanya.

Pada PRN Negeri Sembilan, BN memperoleh kemenangan di 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PN pula menawan tujuh kerusi DUN sekali gus membolehkan kedua-dua gabungan itu menubuhkan kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga.

Di PRN Melaka pula, BN meraih kemenangan di 21 DUN manakala PN menyumbangkan tiga kerusi DUN termasuk Bukit Katil dengan mengalahkan Pengerusi Pakatan Harapan yang juga bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari. – UTUSAN

The post BN belum rancang kerjasama dengan PN tawan Putrajaya appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved