BN boleh berunding, belum tentu jadi pasangan – Ab. Rauf

LocalPolitics
10 Aug 2026 • 6:51 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: BN boleh berunding, belum tentu jadi pasangan – Ab. Rauf

MELAKA – Barisan Nasional (BN) terbuka mengadakan rundingan dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka, namun ia tidak semestinya berakhir dengan pembentukan kerjasama politik.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, ruang rundingan terbuka kepada mana-mana pihak yang mempunyai hasrat untuk bersama, namun keputusan akhir bergantung kepada pelbagai faktor.

“Saya mengalu-alukan semua yang nak menjurus kepada PRN Melaka ini dan kalau ada hasrat untuk kebersamaan, saya buatkan satu ruang terbuka untuk berunding.

“Tak semestinya rundingan itu dimuktamadkan menjadi rakan kongsi yang baik kerana kita berdasarkan kepada banyak faktor untuk menjadikan seseorang itu sebagai rakan kongsi kita,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka, di sini, hari ini.

Pada Majlis itu turut berlangsung Majlis Serah Tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka daripada Datuk Azhar Arshad yang akan bersara mulai esok kepada penggantinya, Datuk Salhah Salleh. – KOSMO! ONLINE

The post BN boleh berunding, belum tentu jadi pasangan – Ab. Rauf appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved