
PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) mendahului pengiraan undi tentera bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dengan majoriti sebanyak 2,031 undi selepas tiga saluran selesai dikira setakat ini.
Berdasarkan keputusan sementara itu, calon BN Sungai Undang, Datuk Rais Yasin memperoleh 2,831 undi, jauh meninggalkan pencabarnya Mejar (B) Abdullah Mahadi mewakili Bersatu dengan 114 undi manakala calon Bersama, Mohd. Ridzuan Abdul Rahman dengan 43 undi.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan berkenaan menunjukkan perkembangan positif buat BN dalam pengiraan undi tentera di kawasan berkenaan.
“Pengiraan undi tentera di Dun Sungai Udang baru tiga saluran, BN mendahului majoriti 2,031 undi,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya sebentar tadi.
Undi tentera di DUN Sungai Udang menjadi perhatian kerana menempatkan Kem Terendak dan Kem Sungai Udang.
Pengiraan undi bagi saluran seterusnya dijangka menentukan kedudukan akhir undi tentera di DUN Sungai Udang. – UTUSAN
The post BN dahului undi tentera di DUN Sungai Udang appeared first on Utusan Malaysia.

![[TIDAK RASMI] PRN Melaka: Lima kerusi catat majoriti lebih 10,000 undi](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/11/14/3710654.webp)
![[KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Majoriti BN di DUN Serkam melonjak 12,689 berbanding 79 undi pada PRN lalu](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/11/14/3710523.webp)


![[KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Undian BN di Duyong meningkat daripada 200 kepada 4,470 undi](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/11/14/3710353.webp)
![[TIDAK RASMI] PRN Melaka: Rais dahului saingan tiga penjuru DUN Sungai Udang](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/RAIS-YASIN-1024x594.jpeg)