[TIDAK RASMI] PRN Melaka: Rais dahului saingan tiga penjuru DUN Sungai Udang

LocalPolitics
14 Nov 2026 • 8:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [TIDAK RASMI] PRN Melaka: Rais dahului saingan tiga penjuru DUN Sungai Udang

MELAKA – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Rais Yasin mendahului saingan tidak rasmi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N11 Sungai Udang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 hari ini.

Berdasarkan paparan keputusan tidak rasmi laman sesawang myundi.com.my setakat pukul 8 malam ini, Rais yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka memperoleh sebanyak 13,558 undi.

Beliau jauh meninggalkan pencabar terdekatnya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mejar (B) Abdullah Bin Mahadi yang meraih 1,522 undi.

Sementara itu, seorang lagi calon daripada Parti Bersama Malaysia (Bersama), Ridzuan Rahman memperoleh sebanyak 896 undi.

Terdahulu, penyandang kerusi DUN Paya Rumput itu bertukar kawasan apabila dicalonkan oleh kepimpinan parti untuk bertanding di DUN Sungai Udang pada PRN kali ini. – KOSMO! ONLINE

The post [TIDAK RASMI] PRN Melaka: Rais dahului saingan tiga penjuru DUN Sungai Udang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved