“BN Menang Besar, Masa Untuk Rapatkan Saf, Terus Bekerja” – Onn Hafiz

LocalPolitics
11 Jul 2026 • 10:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini disifatkan sebagai satu tanggungjawab besar yang perlu dipikul sebaik mungkin oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipilih.

Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pihaknya bersyukur atas kejayaan tersebut dan berterima kasih kepada semua pihak yang bekerja keras sepanjang tempoh kempen sejak Hari Penamaan Calon pada 27 Jun lalu.

Advertisement sfgsUTUSAN MALAYSIA  

“Syukur Alhamdulillah, BN Johor telah memenangi lebih daripada 40 kerusi hari ini. Dengan penuh rasa rendah hati, saya bagi pihak kepimpinan BN Johor ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh Bangsa Johor yang telah beri mandat begitu memberangsangkan.”

“Kepada wakil rakyat baharu menang, kita ada tanggungjawab besar, mandat diberikan adalah untuk menjaga seluruh Bangsa Johor, sama ada menyokong kita atau tidak, itu tak penting.”

“Apabila kita dah menang, Bangsa Johor yang dikasihi, kita akan jaga semua, Melayu, Cina, India dan orang Asli, kita semua Bangsa Johor,” katanya dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama (BGU) BN bertempat di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Johor, malam ini.

Menurut Onn Hafiz, mandat yang diberikan rakyat bukan sekadar kemenangan politik, sebaliknya amanah untuk terus berkhidmat kepada seluruh masyarakat Johor tanpa mengira latar belakang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor itu berkata, wakil rakyat BN akan terus menyantuni rakyat dan memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan isu yang dihadapi mereka dengan lebih baik.

“Wakil rakyat BN akan terus berkhidmat, santuni rakyat, selesaikan isu rakyat secara lebih baik, itu komitmen kami apabila dapat mandat sebegini rupa.”

“Sama-sama kita rapatkan saf, buang yang keruh ambil yang jernih. Musim pilihan raya sudah berakhir. Sekarang tanggungjawab adalah untuk bina Johor yang kita impikan bersama, Insya-Allah,” katanya.

Beliau turut menyeru semua pihak supaya kembali bersatu selepas tamatnya musim pilihan raya demi membina Johor yang lebih baik. – UTUSAN MALAYSIA

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

 esr2026-07-10 13:38:10

Anwar Ucap Selamat Ulang Tahun Ke-101 Kepada Tun Mahathir - "Semoga Terus Dilimpahi Rahmat.."

The post “BN Menang Besar, Masa Untuk Rapatkan Saf, Terus Bekerja” – Onn Hafiz first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved