BN Sedia Jemput PN Sertai Kerajaan Negeri Jika Menang PRN Melaka - Ahmad Zahid

LocalPolitics
1 Nov 2026 • 4:57 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

BN Sedia Jemput PN Sertai Kerajaan Negeri Jika Menang PRN Melaka - Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 1 Nov (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) bersedia mengundang Perikatan Nasional (PN) untuk menyertai barisan pentadbiran kerajaan negeri, sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 14 Nov ini.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pendekatan itu diambil, bagi menghormati mandat rakyat serta kesepakatan politik yang dimeterai antara kedua-dua gabungan, sama seperti yang pernah dilaksanakan di Negeri Sembilan.

“Sebagaimana yang telah berlaku di Negeri Sembilan, apabila kerajaan terbentuk maka kita honour pelantikan supaya mereka (PN) berada di dalam kerajaan. Begitu juga di Melaka, apabila Kerajaan Perpaduan dulu terbentuk, rakan-rakan kita dalam PH (Pakatan Harapan) juga telah dilantik sebagai Exco dan juga Timbalan Exco, tetapi kemudiannya mereka telah membuat keputusan untuk keluar.

“Jadi kita akan lakukan perkara yang sama untuk ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) daripada PN yang memenangi kerusi-kerusi berkenaan dan insya-Allah kalau kita membentuk kerajaan, kita akan jemput juga untuk mereka menganggotai kerajaan negeri yang akan terbentuk,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Deepavali 2026 di Dewan UMNO Bagan Datuk, di sini hari ini.

Pada PRN kali ini, BN bertanding 23 kerusi daripada keseluruhan 28 kerusi yang dipertandingkan manakala PN bertanding di lima kerusi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 14 Nov sebagai hari pengundian PRN Melaka, manakala pengundian awal pada 10 Nov.

Bagi mendapatkan berita terikini PRN Melaka ke-16, layari https://election.bernama.com/prn/melaka/2026.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved