
KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) yakin mampu menubuhkan kerajaan Persekutuan secara solo jika dapat membawa keluar pengundi yang dikenal pasti bersama gabungan tersebut menunaikan tanggungjawab mereka 19 November nanti.
Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, beliau amat yakin jika pengundi yang disifatkannya sebagai ‘putih’ dapat dibawa keluar ketika hari mengundi, gabungan tersebut pasti berjaya memperoleh majoriti mudah iaitu 112 kerusi Parlimen.
Menurutnya, pada PRU-15 ini, beliau menerapkan formula sama dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor yang menyaksikan BN memperoleh kejayaan besar di kedua negeri tersebut.
“Setakat hari ini saya boleh katakan kedudukan BN adalah lebih baik berbanding PRU-14. Kita merasa amat selesa dengan keadaan (terkini) tetapi kita tak mahu jentera kita selesa.
“Kita telah ada semua datanya. Kita ada head count, kita dah buat dengan tepat maka tugas pada hari pengundian itu nanti adalah tugas mengeluarkan pengundi yang telah dikenal pasti bersama dengan kita.
“Jika kita dapat buat itu, saya rasa dan saya yakin BN ‘we cross the bridge’ (peroleh majoriti mudah 112 Parlimen), Insya Allah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat UMNO, di sini, hari ini. - Getaran, 14 November 202
BERITA LANJUT MENYUSUL

