BNM: Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$108.5b pada akhir Oktober

Business & Finance
7 Nov 2023 • 6:35 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$108.5 bilion pada 31 Okt, 2023.

Menurut bank pusat, paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa itu meliputi rizab mata wang asing (US$96.5 bilion); kedudukan rizab Tabung Kewangan Antabangsa (IMF) (US$1.3 bilion); hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.7 bilion); emas (US$2.3 bilion) dan aset rizab lain (US$2.7 bilion).

Jumlah aset sebanyak RM610.34 juta merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain termasuk SDR (RM509.36 bilion); Kertas Kerajaan Malaysia (RM13.01 Bilion); pinjaman dan pendahuluan (RM23.99 bilion); tanah dan bangunan (RM4.14 bilion), serta aset-aset Lain (RM59.84 bilion) .

BNM memaklumkan bahawa modal berbayar (RM100 juta); rizab (RM165.01 juta), mata wang dalam edaran (RM158.20 bilion); deposit oleh institusi kewangan (RM172.78 bilion); deposit oleh Kerajaan Persekutuan (RM4.61 bilion) serta lain-lain (RM37.87 bilion), Kertas Bank Negara (RM36.76 bilion); peruntukan hak pengeluaran khas (RM29.85 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM5.16 bilion). -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved