BNPL: Belia catat 65.9 juta transaksi bernilai RM5.4 bilion dalam enam bulan

LocalPersonal Finance
13 Oct 2026 • 10:59 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

BNPL: Belia catat 65.9 juta transaksi bernilai RM5.4 bilion dalam enam bulan

KUALA LUMPUR, 13 OKT: Golongan muda berusia 30 tahun dan ke bawah mencatatkan sejumlah 65.9 juta transaksi skim Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) bernilai RM5.4 bilion pada separuh pertama 2026 yang merangkumi 37.9 peratus daripada jumlah penggunaan BNPL di Malaysia.

Dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini, Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan jumlah transaksi BNPL di Malaysia bagi tempoh itu ialah 173.9 juta yang bernilai RM14.7 bilion dengan golongan muda menyumbang 36.7 peratus daripada nilai keseluruhan transaksi.

Setakat 30 Jun 2026, baki terkumpul pembiayaan BNPL bagi golongan muda berjumlah RM2.4 bilion, manakala pembiayaan tidak berbayar ialah RM96.8 juta atau 4.0 peratus daripada baki terkumpul.

Kenyataan MoF itu sebagai menjawab pertanyaan Datuk Dr Alias Razak (Kuala Nerus-PN) mengenai langkah Suruhanjaya Kredit Pengguna melindungi golongan muda daripada keberhutangan berlebihan melalui BNPL, termasuk penilaian keseluruhan komitmen kredit pengguna.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved