Belanjawan 2027: RM60 juta untuk MATRADE, RM1 bilion pembiayaan eksport PMKS

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 5:08 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Belanjawan 2027: RM60 juta untuk MATRADE, RM1 bilion pembiayaan eksport PMKS Image from: Belanjawan 2027: RM60 juta untuk MATRADE, RM1 bilion pembiayaan eksport PMKS sarah09/10/2026 - 17:08 Oleh SARAH NADLIN ROHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 9 Okt -- Kerajaan memperuntukkan RM60 juta kepada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) pada 2027 bagi meningkatkan keupayaan syarikat tempatan menembusi dan mempelbagaikan pasaran eksport.

 

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) turut menyediakan pembiayaan RM1 bilion bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan meneroka pasaran eksport.

 

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Parlimen.

 

Anwar berkata, perdagangan negara mencecah RM2.5 trilion dalam tempoh lapan bulan pertama 2026, manakala eksport meningkat 31.2% kepada RM1.36 trilion.

 

Dalam usaha memperluas peluang perniagaan digital, kerajaan memperuntukkan RM142 juta bagi memperkukuh platform Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), sekali gus membolehkan lebih ramai usahawan muda memanfaatkan perniagaan dalam talian.

 

Beliau berkata, pengusaha kopi Kampung Sungai Leman, Selangor, Azmi Warisan, berjaya meningkatkan hasil jualan sehingga 80% kepada RM240,000 menerusi platform NADI.

 

Selain itu, kerajaan bersama Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) akan mewujudkan dana University Commercialisation (UNIVC) bernilai RM50 juta bagi membawa hasil penyelidikan universiti ke pasaran, dengan kerajaan turut bersedia menanggung risiko pada peringkat awal bagi menarik lebih banyak modal swasta menyokong inovasi tempatan.

 

Kerajaan turut memperuntukkan RM10 juta bagi inisiatif Jom Malaysia untuk membawa produk desa dan perkhidmatan bernilai tinggi ke platform digital serta pasaran luar negara.

 

Bagi menyokong pembangunan ekonomi altitud rendah, termasuk industri dron, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan melabur RM50 juta untuk membangunkan sistem digital pengurusan ruang udara, tapak ujian nasional dan piawaian keselamatan.- DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved