BNPL Jadi Trend Berbahaya — Belia Catat 65.9 Juta Transaksi Bernilai RM5.4 Bilion Pada H1 2026

LocalPersonal Finance
14 Oct 2026 • 12:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

BNPL atau ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ semakin merebak sebagai satu budaya berbahaya dalam kalangan belia Malaysia, khususnya mereka yang berusia 30 tahun ke bawah.

Duit Ringgit

Data terkini menunjukkan bahawa dalam separuh pertama tahun 2026 sahaja, golongan belia telah melakukan 65.9 juta transaksi dengan nilai RM5.4 bilion. Angka ini mewakili 37.9% daripada keseluruhan penggunaan BNPL di Malaysia sekali gus menunjukkan bahawa belia bukan sekadar pengguna tetapi kelompok yang paling banyak terlibat dalam lonjakan sektor tersebut.

Image from: BNPL Jadi Trend Berbahaya — Belia Catat 65.9 Juta Transaksi Bernilai RM5.4 Bilion Pada H1 2026

Hakikatnya, angka ini bukanlah sesuatu yang wajar dibanggakan. Sebaliknya, ia merupakan amaran keras bahawa belia semakin terdedah kepada budaya berbelanja tanpa kawalan, malah sanggup berhutang demi memenuhi gaya hidup moden Setakat 30 Jun 2026, baki pembiayaan belia telah mencecah RM2.4 bilion dengan pembiayaan tidak berbayar sebanyak RM96.8 juta atau 4.0% daripada baki terkumpul. Walaupun kadar gagal bayar kelihatan terkawal, jumlah sebenar ini tetap besar dan cukup signifikan untuk menunjukkan bahawa sebahagian belia sudah mula terjerat dalam kitaran hutang berbahaya.

Image from: BNPL Jadi Trend Berbahaya — Belia Catat 65.9 Juta Transaksi Bernilai RM5.4 Bilion Pada H1 2026

Kebimbangan ini turut mendapat perhatian serius daripada kerajaan, khususnya Kementerian Kewangan (MOF) dan Suruhanjaya Kredit Pengguna. Kedua-dua pihak menegaskan bahawa keperluan kawalan yang lebih ketat terhadap komitmen kredit pengguna. Langkah ini penting bagi memastikan golongan belia tidak terjerumus ke dalam keberhutangan berlebihan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved