MP Bukit Bendera Sokong Khairul Aming Larang Ahli Politik ‘Walk-In’ Di Rembayung

LocalPolitics
2 Feb 2026 • 7:23 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming menegaskan bahawa restoran Rembayung hanya beroperasi menerusi sistem tempahan dan tidak membenarkan pelanggan ‘walk-in’, termasuk ahli politik dan golongan VVIP.

Peraturan tersebut dilaksanakan bagi memastikan pengurusan pelanggan berjalan lancar, memandangkan kapasiti restoran hanya mampu menampung sekitar 200 orang pada satu-satu masa.

Setuju sejuta peratus!

image is not available
Kredit foto: Parlimen Malaysia

Terbaharu, menerusi akaun Tiktok, Ahli Parlimen Bukit Bendera, YB Syerleena Abdul Rashid menyatakan sokongan terhadap pendirian Khairul Aming yang melarang kehadiran ahli politik secara ‘walk-in’ di restoran Rembayung.

Menurutnya, keputusan tersebut wajar bagi mengelakkan sebarang salah guna kedudukan atau persepsi tidak adil dalam kalangan pelanggan.

Jelasnya, peranan seorang wakil rakyat dan ahli politik adalah untuk memastikan undang-undang serta peraturan dilaksanakan secara adil dan saksama kepada semua pihak, tanpa pengecualian.

image is not available
Kredit foto: kemeyyhakim

Beliau menegaskan bahawa ahli politik tidak seharusnya mengambil kesempatan atas kapasiti, jawatan atau pengaruh yang dimiliki untuk mendapatkan layanan istimewa.

Saya pun sebenarnya teringin nak pi restoran Khairul Aming tapi sampai hari ini tak dapat pi sebab terlalu sibuk kerja untuk rakyat – Katanya

Tambahnya lagi, beliau menyeru untuk semua pihak bersama merakyatkan ahli politik dan tiada siapa diatas undang-undang dan tiada siapa diatas rakyat.

@syerleena_rashid

@Khairulaming

♬ original sound – Syerleena_Rashid – Syerleena_Rashid

Pssttt! sokong KA dan YB Syerleena walaupun isu ini nampak kecil, sekadar menempah makanan ia tetap mencerminkan pendirian seseorang untuk menegakkan prinsip keadilan dan integriti dalam setiap tindakan.

Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post MP Bukit Bendera Sokong Khairul Aming Larang Ahli Politik ‘Walk-In’ Di Rembayung appeared first on Oh! Media.