'Boikot perbahasan RCI Tabung Haji bercanggah semangat titah Agong' - Sheikh Umar

LocalPolitics
11 Aug 2026 • 4:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Boikot perbahasan RCI Tabung Haji bercanggah semangat titah Agong' - Sheikh Umar
Sheikh Umar

JOHOR BAHRU – Tindakan sebahagian Ahli Parlimen pembangkang meninggalkan Dewan Rakyat ketika sesi perbahasan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) disifatkan tidak selari dengan semangat titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, tindakan tersebut amat dikesali kerana sesi perbahasan berkenaan sepatutnya menjadi ruang kepada semua Ahli Parlimen meneliti dapatan RCI.

Naib Pengerusi DAP Johor itu menambah, Yang di-Pertuan Agong sebelum ini menegaskan supaya siasatan terhadap perkara yang dibangkitkan dalam laporan RCI dilaksanakan secara menyeluruh dan tanpa kompromi.

“Jika benar mahu mencari kebenaran, maka tempatnya adalah di meja perbahasan, bukan dengan meninggalkan Dewan.

“Laporan RCI ini bukan milik mana-mana parti politik. Ia menyentuh kepentingan sebuah institusi yang menguruskan wang dan amanah jutaan umat Islam di negara ini,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sebelum itu, debahagian besar ahli Parlimen blok Pembangkang bertindak keluar dewan selepas usul penangguhan sidang khas Dewan Rakyat untuk membahaskan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) ditangguhkan, ditolak Speaker, Tan Sri Johari Abdul.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembangkang keluar dewan, protes sidang khas RCI Tabung Haji

Keluar Dewan: Pembangkang tidak serius isu RCI Tabung Haji – Zaliha

Lima kali BNM beri amaran kepada TH, bimbang kesan bayaran agihan untung tinggi - Dr Zulkifli

Pendeposit TH tidak perlu bimbang, urusan zakat dilaksana ikut syarak - Dr Zulkifli

Parlimen bukan tempat penerangan sehala, RCI Tabung Haji perlu dibahas - PN

Sebelum sesi penerangan menteri bermula, Ketua Whip Pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN - Kota Bharu) bangkit dengan Peraturan Mesyuarat 11 (3) susulan ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sheikh Umar seterusnya mengingatkan kesemua pihak mempunyai tanggungjawab memastikan dapatan laporan berkenaan diteliti secara serius selain mengambil langkah bagi memastikan kelemahan tadbir urus tidak berulang.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua Ahli Parlimen, sama ada daripada kerajaan atau pembangkang, supaya meletakkan kepentingan pendeposit Tabung Haji dan negara mengatasi kepentingan politik kepartian.

“Ini bukan soal politik siapa menang atau siapa kalah. Ini soal amanah, tadbir urus, wang rakyat dan pendeposit Tabung Haji serta soal menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved