“Bola amatur je” – Netizen Seram Tengok Lelaki Kena ‘Tackle’ Sampai Kaki Patah Ketika Main Bola Sepak

Entertainment
5 Jun 2024 • 11:53 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak dapat dinafikan, ramai yang memilih sukan bola sepak sebagai salah satu cara rekreasi bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Pun begitu, baru-baru ini tular satu video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki berjersi hitam putih cedera dalam satu perlawanan bola sepak amatur di Pahang.

Kecederaan itu sangat teruk sehingga membuatkan kakinya patah akibat diterjah (tackle) oleh individu dari pihak lawan.

Menurut posting Lipis Fighter di Facebook, difahamkan mangsa yang diterjah pemain berjersi serba merah itu patah di bahagian kaki kanannya dan mungkin mengalami kerosakan pada bahagian saraf.

“Alif ditimpa kecelakaan ketika beraksi dalam Kejohanan 9 sebelah Jeram Landak petang tadi. Terjahan keras pihak lawan, lutut bertemu keting Alif sudah cukup mematahkan kaki kanannya.

Tulang depan dan belakang disahkan patah dan mungkin berdepan dengan kerosakan saraf,” tulisnya.

“Beria betul main”

Susulan tularnya video itu, ramai netizen marah serta mengakui bahawa tindakan pihak lawan itu melampaui batas dan ramai juga yang seriau dengan video tersebut dek kerana kecederaan yang dialami oleh pemain iitu.

image is not available

Aduhai…

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.