Boleh Bayar Ansuran, Tisu Ada ‘Sign’ Penyanyi Terkenal Arab Saudi Dijual Berharga RM35k 

Entertainment
4 Sep 2022 • 12:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Boleh Bayar Ansuran, Tisu Ada ‘Sign’ Penyanyi Terkenal Arab Saudi Dijual Berharga RM35k

Tisu yang ditandatangi penyanyi terkenal Arab Saudi, Mohammad Abdu dilaporkan telah mencetuskan kontroversi di negara itu selepas ia dijual pada harga $8000 (RM35,792).

Menurut Gulf News, tisu yang dipercayai paling mahal dalam dunia itu telah dijual oleh sebuah kedai dalam talian.

Difahamkan, pembeli boleh membayar ansuran mudah sebanyak empat kali pada harga RM8,926 setiap satu.

image is not available
Gambar: Gulf News

Kini masih lagi boleh dibeli, pada tisu tersebut, tertera tulisan ‘ini adalah sapu tangan Mohammad Abdu’ yang menjadikannya kelihatan sangat eksklusif.

Abdu telah menjadi salah satu nama terulung dalam muzik Arab sejak 1961 dan lagu-lagunya sangat digemari oleh jutaan orang Arab.

Bagaimanapun, jualan tisu tersebut mendapat kecaman di media sosial dan rata-rata dari netizen berkata mereka tidak akan membelinya.

“Saya tidak akan membeli walaupun ia mempunyai kuasa ajaib yang boleh menghapuskan semua kesedihan saya,” kata seorang netizen.

“Adakah suara saya akan menjadi seperti dia? Saya tidak akan membelinya walaupun ditawarkan dengan harga setengah riyal,” kata seorang lagi netizen.

Sumber: Gulf News