“Boleh Berdamai Tapi Dia Kena Ubah Sikap” – Shila Amzah Akan ‘Pasang’ Bodyguard Jika Sepentas Dengan Amy Search

LocalEntertainment
14 Jul 2025 • 10:48 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi Shila Amzah akui tidak mustahil untuknya dan Datuk Amy Search menyelesaikan konflik di antara mereka sebelum ini dan berdamai.

Namun kata penyanyi berusia 35 tahun itu, usaha menjernihkan keadaan hanya akan berlaku sekiranya penyanyi legenda tersebut mengubah sikapnya ke arah lebih positif.

Sejujurnya, saya berada di tempat yang agak sukar (untuk berdamai). Bukanlah mahu kata saya ini ego tinggi dan tak mahu berdamai, tidak sama sekali.

image is not available

Sumber : Utusan 

Ketika ditemu bual malam tadi, pelantun lagu Patah Seribu itu juga berkata sehingga kini tiada perjumpaan atau perbincangan serius diadakan di antara dia dan Amy Search.

Saya mahu tengok ada perubahan (Amy). Seandainya ada perubahan dari segi sikap (baru boleh berdamai).

image is not available

Pada masa yang sama, Shila juga tidak menolak kemungkinan untuk kembali membuat persembahan di atas pentas yang sama dengan Amy tetapi sekiranya perkara itu berlaku, dia akan mengambil langkah berhati-hati.

Saya mungkin akan pasang pengawal peribadi kalau bekerja lagi dengan dia. Saya tidak meletakkan apa-apa syarat supaya dia tidak kerja sekali dengan saya.

Tambah ibu kepada dua anak itu, dia seorang yang profesional dan sepanjang berkecimpung di dalam industri ini, Shila tidak pernah ada masalah dengan mana-mana pihak.

image is not available 2025-07-13 21:30:16

"Saya Sokong Kenyataan Abil Sebab Lalui Kehidupan Keluarga Yang Sama" - Shila Amzah Nafi Masuk Campur Masalah Keluarga Amy Search