Diserang Lima Anjing Liar, Kanak-Kanak Parah Selamat Jalani Pembedahan – “Adik Sangat Lemah, Nafasnya Perlahan..”

LocalFamily & Parenting
7 Sep 2026 • 4:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Kanak-kanak perempuan yang parah selepas diserang lima ekor anjing liar di halaman rumah di Kampung Tambak, Sungai Kelambu, Peserai, Sabtu lalu, selamat menjalani pembedahan terhadap beberapa anggota badannya semalam dan hari ini.

Ahli keluarganya yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, 23, berkata perkara itu dimaklumkan ibu bapa Nur Haira Watikah yang kini berada di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Advertisement

anjing liar

“Pembedahan berjalan lancar dan saya diberitahu doktor sedang meneliti keadaannya yang kini dilaporkan stabil. Alhamdulillah, saya berharap anak buah cepat sembuh,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nur turut berkongsi detik cemas ketika menyelamatkan Nur Haira yang diserang anjing liar kira-kira pukul 7 pagi.

“Saya masih terbayang wajah Nur Haira dan dia sangat lemah, nafasnya sangat perlahan. Saya dukung dia dalam keadaan tubuh berlumuran darah,” katanya.

Menurutnya, keadaan Nur Haira ketika itu amat menyedihkan sehingga dia tidak dapat membayangkan kesakitan yang ditanggung kanak-kanak berkenaan.

Katanya, sebelum kejadian, dia berada di dalam rumah sebelum terdengar jeritan ibunya yang menyedari Nur Haira diserang.

k Image from: Diserang Lima Anjing Liar, Kanak-Kanak Parah Selamat Jalani Pembedahan – “Adik Sangat Lemah, Nafasnya Perlahan..”

Susulan itu, dia bergegas keluar untuk menyelamatkan mangsa, manakala ibunya cuba menghalau anjing terbabit.

Sehubungan itu, Nur berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera dengan menangkap anjing-anjing liar yang berkeliaran di kawasan tersebut bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Dalam kejadian pagi Sabtu lalu, Nur Haira ditemui terbaring dengan koyakan pada kepala dan muka selepas diserang lima ekor anjing liar di hadapan rumah neneknya, Darlinda Darlis, 56.

Susulan kejadian itu, polis membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian kanak-kanak dan Seksyen 289 Kanun Keseksaan kerana kecuaian berkenaan dengan haiwan. – Kosmo Online

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Atlet memanah recurve kebangsaan, Ariana Nur Dania, memegang busur ketika sesi latihan menjelang Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, dengan logo Team Malaysia dan Aichi-Nagoya 2026 tertera pada imej.2026-09-05 22:27:18

Ariana Nur Dania Tak Mahu Pulang Kosong, Terus Fokus Persiapan Ke Aichi-Nagoya 2026

The post Diserang Lima Anjing Liar, Kanak-Kanak Parah Selamat Jalani Pembedahan – “Adik Sangat Lemah, Nafasnya Perlahan..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved