“Boleh dijangkiti jika guna gelas atau sudu yang tercemar dengan air liur seseorang yang dijangkiti”- Ini Gejala & Punca Oral Herpes

Health & Fitness
22 Jun 2025 • 2:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, kecoh di media sosial apabila seorang usahawan wanita telah berkongsikan video bahawa dia telah dijangkiti Herpes oral setelah muncul ‘biji-biji’ kecil pada kawasan bibirnya.

Video usahawan wanita tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada warganet dengan ada yang bersetuju dengan tindakan usahawan itu dan ada juga yang berpendapat bahawa perkara itu tidak sesuai dikongsikan dengan umum.

Namun, tahukah anda apakah simptom atau punca Herpes oral ini? Jangan risau, Public Health Malaysia menerusi platform media sosial mereka telah berkongsikan mengenai Herpes oral ini untuk memberi kesedaran kepada umum mengenai jangkitan ini.

image is not available

Untuk pengetahuan semua, jangkitan herpes ini mempunyai dua jenis iaitu HSV-1 (Herpes oral) dan HSV-2.

HSV-1 atau oral Herpes menyebabkan jangkitan di sekitar mulut dan bibir dan ia boleh merebak dengan cara sentuhan seperti penggunaan sudu, garfu, gelas atau alat mekap seperti gincu yang tercemar dengan air liur mereka yang telah dijangkiti.

image is not available

Bagi jangkitan oral Herpes, kebiasannya anda yang dijangkiti akan mengalami gejala luka melepuh atau cold sores, rasa kebas, gatal atau terbakar, terasa sakit apabila minum atau makan serta demam ringan dan keletihan.

image is not available
Gambar Sekadar Hiasan

Herpes jenis ini tidak semestinya dijangkiti melalui alat kelamin. Manakala HSV-2 pula menyebabkan jangkitan pada alat sulit dan merebak melalui aktiviti seksual.

Boleh tonton perkongsian dari Dr Aen ini untuk faham dengan lebih lanjut mengenai jangkitan ini.

 

Sumber:

Sumber:

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.