Kieda Crepe ‘Terkena’ Herpes Buat Ramai Risau Dijangkiti Dari Barang Jualan, Ini Peringatan Dari Public Health Malaysia

LocalHealth & Fitness
22 Jun 2025 • 9:31 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia kieda Crepe

Baru-baru ini, isu jangkitan herpes simplex virus (HSV-1) kembali hangat selepas usahawan popular, Kieda Crepe mendedahkan dirinya dijangkiti virus tersebut.

Menurut laporan mStar, Public Health Malaysia (PHM) tampil memberi penjelasan susulan kebimbangan orang ramai tentang risiko jangkitan daripada peniaga yang menghidap virus berkenaan.

Risiko rendah.

HSV-1 tak mudah merebak melalui peralatan makanan

image is not available

PHM turut menjawab kebimbangan tentang penularan virus melalui sudu, garpu, dan pinggan, terutamanya selepas digunakan oleh individu dijangkiti dan jawapannya adalah tidak.

Boleh urus makanan tapi kena jaga luka aktif

image is not available

Menurut PHM, individu dijangkiti masih boleh mengendalikan makanan asalkan mereka tiada luka terbuka dan menjaga kebersihan tangan dengan ketat.

Kalau ada luka aktif, lebih baik elakkan urus makanan secara langsung sehingga sembuh.

Bagaimana HSV-1 mudah berjangkit?

image is not available

PHM menjelaskan bahawa HSV-1 sangat mudah menular walaupun tanpa luka yang jelas kelihatan. Antara cara jangkitan termasuk:

  • Ciuman kasih sayang
  • Kongsi gelas, sudu, tuala atau berus gigi
  • Guna lip balm atau lipstik orang lain
  • Seks oral
  • Sentuh luka kemudian sentuh mulut sendiri

Kieda Crepe cetus panik bila dedah dapat HSV-1

image is not available

Semuanya bermula apabila Kieda Crepe berkongsi video sedang mendapatkan rawatan kerana mengadu bintik-bintik kecil dan kebas di bibir.

Dalam video itu, dia sempat bergurau punca jangkitan mungkin berkaitan kebersihan alat sulit suaminya, membuatkan netizen tergamam dan topik ini tular sekelip mata.

Pssttt! Kesihatan bukan hal main-main. Jaga kebersihan diri, elak berkongsi barangan peribadi dan jangan panik bila ada isu tular. Dapatkan info sahih dari pakar.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.