Boleh dikenakan Tatatertib, Panggilan ‘Dear’ Atau ‘Sayang’ Kepada Rakan Sekerja Adalah Satu Kesalahan

7 May 2023 • 4:02 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tindakan tatatertib boleh dikenakan.

Boleh dikenakan Tatatertib, Panggilan ‘Dear’ Atau ‘Sayang’ Kepada Rakan Sekerja Adalah Satu Kesalahan. Kini, terdapat pelbagai berita yang kurang menyenangkan terutamanya mengenai kes curang di tempat kerja.

Dilaporkan, perbuatan curang atau menjalinkan hubungan sulit dan memanggil rakan sekerja dengan gelaran ‘sayang’ atau ‘dear‘ boleh dikenakan tindakan tatatertib.

image is not available
Boleh dikenakan Tatatertib, Panggilan ‘Dear’ Atau ‘Sayang’ Kepada Rakan Sekerja Adalah Satu Kesalahan

Salah satu jenis gangguan dan kesalahan

Menurut surat edaran daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada 7 April lalu, perkara itu antara salah satu jenis gangguan dan kesalahan penjawat awam yang diperincikan dalam surat tersebut.

Tambah kenyataan berkenaan, perkataan atau ayat ‘sayang’ dan ‘dear’ yang diucapkan oleh mana-mana pegawai awam sehingga mengganggu mangsa adalah dikategorikan sebagai kesalahan gangguan seksual secara lisan atau audio.

Dalam masa yang sama, tindakan penjawat awam yang menghantar gambar tidak senonoh serta menghantarkan mesej berbaur seks atau ‘sexting’ menerusi platform seperti WhatsApp dan seumpamanya akan dikategorikan di bawah gangguan seksual visual.

image is not available

Boleh dikenakan tindakan tatatertib

Kesemua kesalahan tersebut boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan 4A Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Untuk mangsa yang membuat aduan, mangsa perlu memberitahu kesan gangguan tersebut secara terperinci seperti menyebabkan fikiran terganggu, perasaan kurang senang atau rasa terhina.

Maklumat termasuk tempat, masa dan tarikh kejadian, selain tempat bertugas ketika kesalahan itu berlaku juga perlu dimaklumkan oleh mangsa dalam aduan berkenaan.

image is not available

Surat daripada Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib SPA itu turut menjelaskan bahawa penjawat awam yang terlibat dalam hubungan sulit juga dikategorikan sebagai kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Hukuman bagi setiap kesalahan pula akan ditentukan Lembaga Tatatertib berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, sama ada amaran, denda, lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau buang kerja.

Lagi cerita untuk anda di sini: