
Isu ini telah menerima berbelah bahagi pendapat di kalangan netizen berbangsa Iban
‘Boleh Dipijak Ke?’ Ini Pendapat Netizen Berbangsa Iban Tentang Isu Pua Kumbu Dijadikan Permaidani. Tular baru-baru ini sebuah video menunjukkan seorang panglima terkenal di Kuching menghadiri sebuah acara kebudayaan Iban.
Namun, apa yang menarik perhatian netizen ialah penggunaan sehelai Pua Kumbu yang dijadikan sebagai permaidani dan panglima berkenaan dilihat berjalan di atasnya.

Menerima perhatian negatif daripada kalangan netizen Iban
Walaupun acara itu berlangsung pada Februari lalu, baru-baru ini video itu kembali tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen, malah ramai dilihat tidak bersetuju penggunaan pua kumbu sebagai permaidani.
Dalam perkongsian di Facebook, individu ini bertanyakan kepada netizen apakah pendapat mereka mengenai penggunaan Pua Kumbu sebagai permaidani (sama ada dipijak berselipar atau digunakan sebagai alas kaki).
Ada di kalangan netizen berkongsi bahawa mereka tidak pernah mendengar pua kumbu digunakan sebagai permaidani. Sementara itu, ada juga berpendapat tindakan memijak pua kumbu umpama ‘kurang menghormati’ budaya.
Antara pendapat orang lain yang menonjol adalah seperti berikut:

Saya tahu yang pua kumbu ada untuk alas piring (piring = barang upacara yang disediakan di atas pinggan) tapi untuk dipijak atau alas kaki tak pernah pulak tengok. Baru kali ni tengok benda mcm ni. Tapi mungkin dia tak tahu kot. Mungkin dia boleh buat macam itu sebab dia Panglima. Keling Bungai Nuing pun tak pernah pijak pua kumbu tapi orang (panglima berkenaan) ni yang dah pijak pua kumbu. Walaupun ia diperbuat kain biasa tapi coraknya masih ada maksud tersirat.”

Setahu saya, orang tua zaman dahulu tidak pernah mengajar kami memijakkan kaki ke atas Pua Kumbu seperti permaidani / tikar malah mengajar kami untuk berhati-hati menggunakan Pua Kumbu secara berhemah. Ia bukanlah sekadar tikar atau permaidani biasa.”

“Pua Kumbu” salah satu khazanah kaum Iban yang sangat berharga. Pada zaman dahulu, bukan sebarangan orang yang mampu menenun Pua Kumbu. Banyak adat dan tradisi “pemali” yang perlu dilakukan sebelum menenun Pua Kumbu. Seumur hidup aku tidak pernah melihat orang memijak Pua Kumbu.”

“Pua kumbu” digunakan untuk meletakkan barang upacara selepas upacara dilakukan, barang upacara akan diangkat dan diambil secepat mungkin untuk mengelakkan “pua kumbu” dijadikan tempat minum atau bermain. Apatah lagi “pua kumbu” bukanlah tempat alas kaki. Untuk menjadi ketua belajarlah dengan lebih mendalam lagi baru jadi ketua. Di Indonesia adat dihormati bukan dipijak.

Daerah Kapit salah satu daerah yang tidak pernah sama sekali berani untuk memijakkan kaki ke atas Pua Kumbu. Bagi orang Kapit, itu merupakan adat dari turun temurun. Semasa upacara miring dijalankan, bahkan mereka tidak berani untuk duduk apatah lagi dipijak kerana mereka percaya bahawa Pua Kumbu itu digunakan sebagai alas untuk “piring”. Selain itu, cara untuk membentangkan/menghamparkan Pua Kumbu ialah mengikut “Kepala” dan “Kaki” corak yang terdapat pada Pua Kumbu tersebut. Selain itu, perlu lihat dari segi sama ada Pua Kumbu tersebut berhadapan dengan matahari atau mengikut hulu dan hilir sungai.”
“Penganjur yang patut dipersalahkan,” – netizen
Terdapat juga di kalangan netizen yang berpendapat penganjur patut dipersalahkan dan bukan panglima tersebut.
Antaranya seperti berikut:

Untuk pengetahuan saya, ini salah penganjur, bukan salah panglima. Dia dah datang ke situ. Mesti dia tahu itu ukiran pua kumbu di lantai.”

Dari pandangan saya bukan dia yang salah tetapi yang menyambut yang salah.bukan dia yang disuruh membuka “pua kumbu” itu disitu.”
Apakah pendapat anda tentang isu ini? Komen pendapat anda di bawah.

![[VIDEO] Netizen Puas Hati MB Johor ‘Sound’ Pegawai Lepas Tinjau Kesesakan Di CIQ](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
