Boleh Jadi Tempat Bakteria, Risiko Menanti Jika Telur Mata Tak Dimasak Dengan Betul

13 Jun 2024 • 11:15 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Boleh Jadi Tempat Bakteria, Risiko Menanti Jika Telur Mata Tak Dimasak Dengan Betul

Seperti yang diketahui, telur merupakan sumber protein yang tinggi dan menjadi salah satu makanan paling ramai diambil oleh orang ramai. Antaranya, telur mata, telur separuh masak, telur dadar, telur bistik dan banyak lagi.

Ia sering digunakan dalam masakan termasuklah bidang pastri. Walau bagaimanapun, ia juga boleh menjadi pembunuh dalam senyap sekiranya berlaku kesilapan dalam cara penyediaan.

Oleh kerana cara penyediaannya agak mudah, ramai yang tidak mengambil berat tentang cara penyediaannya yang betul.

Tahukah anda, sekiranya telur mata tidak dimasak dengan betul, ia boleh sebabkan kematian? Jadi, hari ini SK akan berkongsi tentang cara penyediaan yang ramai tak tahu.

Public Health Malaysia menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, telur ayam, terutamanya telur separuh masak atau telur mata sangat bahaya jika tidak dimasak dengan betul kerana boleh membawa maut.

Penyediaan telur mata

Tambah portal kesihatan itu, untuk menyediakan telur mata, kulit telur perlu dibasuh di bawah air mengalir untuk memastikan ia bebas daripada najis sebelum dimasak.

Selain itu, ia perlu dipastikan mencapai suhu memasak yang betul dan masa memasak yang cukup.

Perkara ini untuk memastikan semua bahagian makanan masak serata (tidak ada bahagian yang mentah atau separuh masak).

Penyediaan telur dalam kuantiti yang banyak

Jika menyediakan dalam kuantiti yang banyak dan akan dihidangkan lewat, elakkan menyediakan menu telur mata separa masak kerana bakteria dalam telur mata ada tempoh masa yang banyak untuk membiak.

Pastikan semua telur masak sempurna jika masak dalam kuantiti yang banyak.

Untuk keselamatan, telur mata perlu dimakan dalam tempoh 4 jam selepas disediakan.

Bakteria apa yang ada dalam telur mata ini?

Untuk pengetahuan, bakteria yang terdapat dalam telur adalah jenis salmonella. Ia boleh menyebabkan keracunan makanan serius dan boleh menyebabkan kematian.

Oleh yang demikian, orang ramai perlu memasak telur mata dengan sempurna untuk mengelakkan bakteria membiak dan risiko kematian.

Semoga bermanfaat.

image is not available
Gambar: Public Health Malaysia