“Boleh Join Club Naik Court..” – Shakilla Khoriri Penat Dituduh Jadi Penyondol Oleh Netizen, Ugut Ambil Tindakan Undang-Undang

23 May 2024 • 1:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Aktres sensasi Shakilla Khoriri tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak tertentu yang menuduh dirinya merupakan penyondol rumah tangga di media sosial.

Siapkan peguam

Berdasarkan Instagram story yang dikongsikan baru-baru ini, Shakilla mendedahkan beberapa individu yang sering bercakap buruk tentangnya dan menyebarkan hal yang tidak benar di media sosial.

Aktres ini turut berkata dirinya juga sedia untuk bersemuka dengan mana-mana pihak bagi menyelesaikan persengketaan ini.

Depa dua ni yang paling tahu kehidupan saya jadi saya rasa dia layak teman saya naik court untuk beri keterangan. Simpan duit tau sisters, peguam sekarang mahal.

 

Berani tapi bodoh. Kalau nak kecam siapa pun dalam media sosial ni pastikan guna akaun asli. Senang satu kampung tahu perangai munafik korang..

image is not available

Beri pengajaran

Bukan itu sahaja, bekas isteri kepada penyampai radio Fizi Ali ini juga mengakui dirinya berasa rimas dengan dakwaan netizen yang tidak berlandas itu. Disebabkan itu, Shakilla berharap agar pendedahan tersebut dijadikan pengajaran oleh netizen yang lain.

Kadang-kala mereka ini perlukan pengajaran. Biarlah beri mereka popular sikit, mungkin boleh join the club naik court.

 

Rimas orang bercakap pasal penyondol tetapi mereka tak tahu cerita. Sebelah pihak sahaja tahu cerita, saya yang jadi mangsa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

Selain itu, kami kongikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 months ago

"Tersakiti, Menyakiti, Difitnah, Memfitnah Semua Dapat Masalah, Baik Diam" - Kisah Silam Dengan Suami Baru 'Dikorek', Shakilla Khoriri Elak 'Spill The Tea'