Dolla Dituduh Sokong Penjenayah Hanya Kerana Foto Ini…

Music
23 May 2024 • 11:00 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kumpulan Dolla baru-baru ini menjadi bahan bualan netizen gara-gara tindakan mereka mengambil foto bersama bekas anggota kumpulan Big Bang iaitu Seungri.

Meskipun foto itu dirakam sudah terlalu lama, ramai peminat menganggap kumpulan Dolla tidak sepatutnya mengambil foto bersama dengan individu yang mempunyai rekod jenayah seperti Seungri.

image is not available

Sumber : X  

Sangat kecewa dengan Dolla kerana sanggup bersama dengan penjenayah.

Memuji Seungri sangatkah? Group macam ni nak dibanggakan apabila tunjuk sokongan kepada lelaki tersebut.

Namun, ada juga yang mempertahankan kumpulan nyanyian itu.

Mungkin mereka tidak tahu tentang kes jenayah Seungri.

Anggap sajalah Dolla bergambar dengan artis, bukannya menjalin sebarang skandal atau kerjasama dengan Seungri.

Sekadar info, Seungri menjadi topik perbualan hangat di media hiburan Korea kerana dia terpalit dengan kontroversi melibatkan aktiviti pelacuran, dadah dan pengubahan wang haram di negara itu.

Seungri juga dihukum penjara pada tahun 2021 kerana terlibat dalam skandal Burning Sun yang kini turut disiarkan dokumentari mengenainya di saluran berbayar Netflix.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

"Abang Har Bont*t Tengah Panas Ni" - Azhar Sulaiman Mohon Maaf Kecam Tindakan Hamas, Ini Penjelasannya