
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Tak dinafikan jika bertanya kepada orang tua mereka sememangnya mempunyai pelbagai petua untuk setiap perkara.
Mungkin pengalaman hidup membuatkan mereka percaya petua yang dikongsikan itu adalah satu perkara yang boleh diguna pakai di masa hadapan.
Namun tidak semua petua yang diberikan adalah baik dan boleh digunakan. Di masa kini, kita perlu mengetahui setiap perkara yang ingin dilakukan serta apakah kesannya.
Boleh ke lap anak guna asam jawa kalau demam?
Baru-baru ini seorang doktor pakar kanak-kanak, Dr Nisa Khalil turut berkongsi ada menerima soalan daripada seorang ibu adakah boleh mengelap bayi dengan menggunakan air asam jawa sekiranya demam? Ini kerana para ibu sering melakukan perkara tersebut.
Malah ia juga merupakan petua orang lama namun Dr Nisa menjelaskan mengenai perkara itu dari segi sains.
Jelasnya ramai yang percaya perkara itu kerana air asam jawa sejuk pada kulit selain merasakan ia dapat mengurangkan suhu panas daripada badan.
Selain itu, ia kerana asam jawa merupakan sesuatu bahan yang semula jadi, dan mudah untuk didapatkan pada masa dahulu.
Bukan hanya itu, para ibu di zaman dahulu juga melakukan perkara tersebut kerana merasakan ia adalah yang terbaik buat anak mereka.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Baru Bergelar Ibu? Doktor Kongsi Cara Penjagaan Bayi Baru Lahir [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Bantu Tidur Lena & Bina Sistem Imun, Ini Antara Kebaikan Beri Mentega Pada Bayi
Asam jawa mempunyai sifat berasid
Namun perkara ini mungkin juga boleh mengundang masalah kerana kulit bayi kebiasaannya adalah nipis serta sensitif.
Malahan asam jawa pula mempunyai sifat asid yang secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya ruam atau iritasi pada badan.
Bukan hanya itu, asam jawa juga tidak mengurangkan suhu badan yang panas dan ia hanya pada luaran.
Oleh itu, tindakan mengelap bayi menggunakan asam jawa adalah tidak efektif sebaliknya mengundang kepada risiko masalah lain.
Perkara boleh dilakukan jika anak demam
Namun apa yang para ibu boleh lakukan dalam mengurangkan suhu bayi apabila demam adalah:
- Pakaikan baju yang nipis bagi memudahkan ruang udara untuk masuk
- Menggunakan span lembut dan air suam untuk dilap (bukan air sejuk)
- Kerap berikan air atau susu
- Berikan ubat-ubatan demam sekiranya perlu dengan mengikut berat dan bukan teragak-agak. Adalah baik jika dapatkan konsultasi doktor atau farmasi.
- Periksa suhu menggunakan termometer digital
“Ibu bapa, demam bukanlah musuh sebaliknya ia adalah reaksi atau tindak balas badan dalam melawan jangkitan.
“Daripada menggunakna asam jawa, sebaiknya berikan bayi keselesaan, air atau susu dan ketenangan anda. Itu adalah ‘ubat’ yang sebenar,” jelasnya di dalam bebenang di Threads.
Ada yang kongsi pernah guna asam jawa pada anak
Melihat di ruangan komen, terdapat para ibu yang berkongsi pernah menggunakan asam jawa sewaktu anak demam.
Tak kurang juga ada yang berkongsi untuk mengelap anak dengan air daun bunga raya serta bunga melur yang diramas dan menyifatkan kepala akan terasa sejuk.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tampil Cergas & Keluar Bersiar Lepas 4 Hari Beranak, Dr Amalina Kongsi Tips Penjagaan Lepas Bersalin
“Saya lah ibu yang guna asam jawa. Pernah masa guna tu tiba-tiba rasa nak jilat kepala dia sebab macam sedap je rupa”

“Kalau air asam jawa pun doktor cakap dah asidic, air lemon pun acidic juga”

“Lap dengan air daun bunga raya atau daun bunga melur yang dirama, rasa sejuk je kepala”

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Anak Sukar Tidur Malam? Ini Tips Untuk Ibu Bapa Bantu Si Kecil Tidur Lebih Awal




![Hargai Jasa & Pengorbanan Staf, Bonda Rozita Belikan Rumah 2 Tingkat Untuk Pekerja Cemerlang [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/business-and-finance.jpeg)