
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Teknologi di masa kini secara tidak langsung telah membuatkan gerak kerja dalam beberapa industri berubah serta menjadi mudah.
Jika dahulu kebiasaannya kita melihat orang ramai akan melakukan perniagaan dengan membuka kedai fizikal, namun kini perniagaan boleh dijalankan di rumah serta atas talian.
Bahkan banyak peniaga yang meraih keuntungan ribuan ringgit daripada penjualan produk di media sosial.
Bukan hanya itu, perniagaan mereka turut diluaskan dengan melakukan siaran langsung dan menawarkan pelbagai promosi di aplikasi tertentu.
2 wanita jadi perhatian ketika promosi tuala wanita di Live
Terbaharu, dua orang wanita yang sedang membuat live mempromosikan produk jualan tuala wanita telah menjadi perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Threads, kelihatan dua orang wanita yang sedang membuat live di TikTok sedang menari sewaktu sedang berniaga tuala wanita di aplikasi terbabit.
Siap sarung tuala wanita ketika Live
Namun apa yang menjadi perhatian ramai apabila dua wanita berkenaan didakwa turut menyarungkan tuala wanita yang dilihat seperti seluar dalam pada badan mereka sewaktu jualan berlansung.
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan pengguna yang membuat hantaran tersebut merasakan ia satu tindakan yang tidak sopan.
Walau bagaimanapun, peniaga itu dipercayai bukan warga tempatan sebaliknya dari negara jiran kerana gaya percakapannya yang agak berlainan.
Ramai kecam dan kurang selesa dengan konten disifatkan kurang sopan
Melihat di ruangan komen, ramai yang turut mengecam tindakan wanita terbabit kerana menyarung tuala wanita berkenaan sewaktu live berlangsung.
Malah ada juga yang meminta agar pihak aplikasi terbabit untuk menyekat kandungan live seperti itu kerana ia dilihat seperti tidak sesuai untuk tatapan umum.
Ada juga menyifatkan ia sesuatu perkara yang memalukan untuk dilakukan bagi tatapan orang ramai.
Bukan hanya itu, ada juga meluahkan rasa kurang senang melihat kaedah promosi terbabit seperti mengarut bahkan turut keliru kerana masih ada yang memberi sokongan kepada perniagaan seperti itu.
“Yang macam ni tak kena ban pula. Orang meniaga elok-elok tu laju je banned”

“Nyampah tengok konten meniaga yang entah apa-apa. Mengarut! Peliknya ada juga orang yang sokong”

“Menekan-nekan dia punya ‘ke’. Orang Malaysia tak menekan gitu lah. Cakap biasa je dah lah”

“Apa benda aku tengok ni, beli lah patung seketul dua. Sarung dekat patung, tertib sikit nampak”




![Musim Batuk Kembali! Ini Nasihat Pakar Paediatrik Buat Ibu Bapa & Cara Pencegahannya [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/health-and-fitness.jpeg)


