Boleh Ke Wanita Sertai Misi Berisiko? Ini Penjelasan Mufti Perlis Selepas Kenyataan PU Rahmat Tular

LocalPolitics
8 Apr 2026 • 11:33 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, beberapa individu terkenal seperti Heliza Helmi dan Ardell Aryana sekali lagi menyertai misi menghantar bantuan kemanusiaan menerusi Gerakan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF2.0).

Namun, penyertaan mereka khususnya Ardell Aryana mendapat respon negatif dari segelintir pihak.

Bagaimanapun, suami kepada Ardell, Nadzmi Adhwa menjelaskan dia telah memberi kebenaran malah mempertahankan tindakan isterinya itu.

Malangnya, ramai yang dilihat masih terus mengkritik dan mempertikai tindakan pelakon berkenaan.

PU Rahmat Pertahan Tindakan Nadzmi Benarkan Ardell Belayar

Susulan kritikan yang diterima, pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Rahmat tampil mempertahankan tindakan Nadzmi yang memberi keizinan kepada Ardell untuk berlayar ke bumi Palestin.

Malah, dia turut meminta orang ramai untuk tidak menyekat potensi golongan wanita daripada terus berjihad.

“Kalian tak nak benarkan isteri kalian sertai sumud itu hak kalian. Nak simpan bini dalam rumah dan layan Netflix sampai 100 episod pun silakan. Cuma jangan halang Nadzmi Adhwa benarkan Ardell berjuang.

“Jangan halang potensi wanita menjadi hebat di sisi Allah,” katanya di platform Threads.

Malah, PU Rahmat turut berkongsi pengalaman berlayar bersama Ardell yang baginya wanita itu sangat menjaga keperibadian.

“Hal aurat, ikhtilat kau pernah tengok ke aurat Ardell? Dia ini hampir 24 jam pakai tudung atas kapal. Ardell ini atas kapal aku selisih dengan dia mesti duduk bucu kapal sebab dia jaga maruah dirinya.

“Sibuk maruah bini kau dah lah, jangan ingat Ardell sama macam bini kau yang pergi buang sampah depan rumah tak pakai tudung,” terangnya.

Namun, kenyataan pendakwah itu nyata mendapat perhatian hingga ramai yang mengecam dan mengkritiknya.

View on Threads

Penyertaan Wanita Dibolehkan Jika Pelbagai Faktor Diambil Kira

Semalam (7 April), Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi teguran kepada orang ramai berhubung penyertaan wanita ke operasi yang berisiko.

Jelasnya, setiap tindakan yang dibuat pastinya mempunyai alasan tersendiri dan perlu mengambil kira pelbagai faktor khususnya dari keselamatan dan harga diri wanita.

“Berhati-hati memilih perkataan. Sesiapa yang membenarkan isteri atau anak perempuannya pergi ke sesuatu operasi berisiko, ia satu pandangan atau penilaian yang mungkin ada alasannya.

“Itupun hendaklah mengambil kira soal keselamatan dan harga diri wanita dalam pelbagai sudut.

“Ini kerana asalnya wanita tidak didedahkan kepada bahaya perang atau apa-apa bahaya tanpa keperluan. Lelaki pula hendaklah sentiasa melindungi keselamatan isteri dan anak-anak khususnya yang perempuan.

“Jika keadaan memerlukan khidmat wanita, mereka boleh sertai seperti para sahabat wanita menyertai Nabi S.A.W dalam peperangan sebagai perawat dan pembantu. Ia satu pahala.

“Selain tujuan operasi yang memenuhi syarak, keizinan suami dan kesesuaian operasi di sudut diri wanita hendaklah diambil kira. Jika itu semua memenuhi, maka mereka boleh sertai sesuatu operasi,” tulisnya.

Fitrah Wanita Tinggal Di Rumah Untuk Dilindungi

Tegas beliau, kenyataan yang menganggap wanita yang tidak menyertai operasi berkenaan sebagai isteri disimpan di rumah adalah tidak sesuai.

Ini kerana jelasnya, fitrah wanita adalah tinggal di rumah dan diberi perlindungan.

“Asal wanita memang di rumah di bawah perlindungan suami atau wali (ayah, datuk, anak lelaki, adik beradik, bapa saudara dll).

“Mereka tidak dibiarkan terdedah kepada bahaya jika tiada keperluan untuk hal itu berlaku.

“Justeru itu, dalam hadis mereka digalakkan solat di rumah jika kehadiran ke masjid mempunyai risiko.

“Dalam semangat mahu memperjuangkan sesuatu yang kita percaya benar, kita juga hendaklah menilai setiap hal dengan imbangan pengetahuan, bukan emosi. Semoga semua pihak saling memahami,” jelasnya lagi.

Dr Maza Berpendapat Penggunaan Ayat Tidak Sesuai

Pada masa yang sama, Dr Maza turut berpendapat pemilihan ayat yang digunakan oleh seorang PU adalah tidak sesuai. Namun beliau percaya, pendakwah tersebut mempunyai niat yang baik.

“Saya percaya niat PU mungkin baik, cumanya pemilihan ayat saya lihat tidak sesuai. Semua pihak tidak perlu kecam,” katanya.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, ramai percaya PU yang dimaksudkan merujuk kepada PU Rahmat memandangkan beliau turut berkongsikan satu tangkap layar tajuk sebuah portal berhubung kenyataan PU Rahmat sebelum ini.

PU Rahmat Mohon Maaf

Dalam pada itu, PU Rahmat dalam satu hantaran di Threads tampil membuat permohonan maaf berhubung kenyataannya sewaktu mempertahankan penyertaan Ardell dalam misi bantuan berkenaan.

Jelasnya, dia tidak mempunyai niat lain selain mahu wanita dibenarkan untuk berjihad.

“Saya memohon maaf jika ada yang salah paham dan terasa. Saya tidak menafikan wanita yang duduk dirumah untuk mencapai syurga.

“Hanya saya menegaskan jika kalian tidak mahu isteri kalian berjuang. Maka silakan namun jangan dipaksa Adhwa melarang kak Ardell ke sumud.

“Tiada lain niat melainkan mahu wanita muslimah dibenarkan berjihad. Sekali lagi saya mohon maaf. Kita kembali fokus kepada Gaza kerana Gaza adalah cerita utama,” tulisnya.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: MB Selangor Bakal Berlepas 5 April Ketuai Sumud Flotilla 2.0, Ramai Beri Sokongan

Baca Artikel Berkaitan: Apa Hukum Wanita Sertai Misi Flotila Hantar Bantuan Ke Gaza? Ini Penjelasan Pejabat Mufti WP