‘Boleh kutip buat pecal lele ni’

13 Sep 2026 • 2:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Boleh kutip buat pecal lele ni’

PETALING JAYA – Pengguna jalan raya di Padang Luas, Jerteh, Terengganu dikejutkan dengan pemandangan luar biasa apabila puluhan ikan keli bertaburan di atas jalan raya.

Kejadian itu tular selepas seorang pengguna Threads, @tsyaaa.my memuat naik beberapa gambar yang memaparkan ikan berkenaan memenuhi sebahagian besar permukaan jalan.

“Menang tanpa bertanding ni, kolam keli atas jalan. Padang Luas, Jerteh,” tulisnya berseloroh.

Berdasarkan gambar dikongsikan, terdapat puluhan ikan keli bersaiz besar bertaburan sehingga ke bahu jalan, sekali gus menyebabkan pengguna kenderaan terpaksa lebih berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.

Menjawab pertanyaan pengguna lain mengenai bagaimana ikan tersebut boleh berada di atas jalan, seorang pengguna dikenali sebagai @hamimishahira berkata ikan berkenaan milik abang iparnya yang dalam perjalanan menghantar ikan ke sebuah kolam yang baru dibuka.

“Ikan abang ipar saya ni. Nak pergi hantar kolam yang baru buka. Lori pecah pagar,” katanya.

Kejadian itu turut mencuri perhatian pengguna media sosial dengan hantaran tersebut meraih lebih 1,900 tanda suka dan lebih 1,000 perkongsian petang ini.

“Boleh kutip buat pecal lele ni,” seloroh Tisya.

“Besarnya ikan-ikan ni mesti nak letak dalam kolam ikan,” komen Qila. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Boleh kutip buat pecal lele ni’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved