Pemasangan lampu solar di Jalan Johan Setia tingkat keselamatan pengguna jalan raya

9 Sep 2026 • 7:25 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Pemasangan lampu solar di Jalan Johan Setia tingkat keselamatan pengguna jalan raya

SHAH ALAM, 9 SEPT: Pemasangan lampu jalan jenis solar di beberapa lokasi sekitar persimpangan Jalan Johan Setia diharap dapat mengurangkan risiko kemalangan selain meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya.

Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE) Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor mengenal pasti beberapa lokasi yang memerlukan pencahayaan tambahan bagi membantu pengguna jalan raya.

Pemasangan lampu berkenaan dapat membantu pengguna melihat keadaan laluan dengan lebih jelas terutama di kawasan yang sebelum ini gelap.

“Pemasangan lampu ini membantu pengguna jalan raya melihat arah lorong, tanda jalan, serta pejalan kaki dengan jelas dan seterusnya memberikan rasa selamat kepada penduduk tempatan yang melalui kawasan gelap,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Antara lokasi pemasangan ialah di Persimpangan Jalan Rajion di Jalan Johan Setia.

Lampu solar turut dipasang di Persimpangan Jalan Kebun Nenas 3/KS8 bagi menambah tahap pencahayaan di kawasan berkenaan.

Selain persimpangan, pemasangan sama dilaksanakan di laluan masuk ke beberapa jambatan yang sebelum ini gelap di Jalan Johan Setia.

JKR Klang menegaskan akan terus komited menjadikan keselamatan pengguna jalan raya dan kelancaran trafik sebagai keutamaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved