Boleh Lepak Sambil Menikmati Makanan Enak, Anda Perlu Cuba Kafe Stayday Di Kota Samarahan Ini

24 Jan 2023 • 11:33 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Port lepak sampai pagi dengan rakan-rakan.

Boleh Lepak Sambil Menikmati Makanan Enak, Anda Perlu Cuba Kafe Stayday Di Kota Samarahan Ini. Bagi yang kaki lepak dan suka keluar pada belah malam, pasti anda akan mengalami masalah yang sama setiap kali iaitu nak lepak kedai makan mana kan?

Kali ini kami akan membantu untuk menyelesaikan masalah anda dengan mengesyorkan sebuah kafe yang terletak di Desa Ilmu, Kota Samarahan iaitu Stayday kafe!

image is not available
Boleh Lepak Sambil Menikmati Makanan Enak, Anda Perlu Cuba Kafe Stayday Di Kota Samarahan Ini. Kredit foto: FB Atiqah Enzuin

image is not available
Kredit foto: FB Atiqah Enzuin

Pelbagai makanan menarik menanti anda

Walaupun baru sahaja dibuka, Stayday kafe ini sudah menempa namanya dikalangan kaki lepak kerana di sini, anda bukan sahaja boleh lepak minum segelas kopi, anda juga boleh menikmati pelbagai makanan enak.

Antara makanan yang menarik anda boleh cuba di sini adalah Spaghetti Carbonara, Laksa Sarawak, Nasi Ayam Penyet, Lalapan Ikan Keli dan banyak lagi menu lain.

Untuk penggemar dessert di luar sana pula, Stayday kafe baru sahaja mengeluarkan menu baru mereka iaitu Stayday Shaved Ice dengan aneka flavour menarik!

image is not available
Kredit foto: FB Stayday

Waktu beroperasi

Beroperasi dari jam 2 petang hingga 11 malam (jika ada perlawanan bola, Stayday kafe akan tutup lewat sehingga 6 pagi), suasana di dalam kafe ini juga amat selesa.

Jadi tunggu apa lagi, kalau anda ingin lepak bersama rakan-rakan anda sambil menikmati makanan lazat, anda perlu singgah di Stayday Kafe di Desa Ilmu ini!

Lagi kedai makan best di Kota Samarahan buat anda: