Boleh Makan Sepuas Hati, Anda Perlu Cuba Menu Enak Di Thai Garden BBQ Steamboat Kuching Ini

7 May 2023 • 12:10 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Di sini tiada menghidangkan menu babi (No pork).

Boleh Makan Sepuas Hati, Anda Perlu Cuba Menu Enak Di Thai Garden BBQ Steamboat Kuching Ini. Buat anda di luar sana yang ingin menikmati makanan unlimited yang enak, apa kata anda cuba restoran steamboat di Kuching ini!

Thai Garden BBQ Steamboat yang terletak di Jalan Padungan ini menyediakan konsep BBQ dan steamboat ala thai di mana bahan-bahan mentah yang diperap menggunakan resepi asli mereka.

image is not available
Boleh Makan Sepuas Hati, Anda Perlu Cuba Menu Enak Di Thai Garden BBQ Steamboat Kuching Ini. Sumber foto: FB Thai Garden BBQ Steamboat

image is not available
Sumber foto: FB Thai Garden BBQ Steamboat

Pelbagai pilihan perapan yang menarik

Pelbagai pilihan perapan daging, ayam dan juga ikan yang anda boleh nikmati di sini. Bukan itu sahaja, di sini juga ada bahan mentah lain seperti udang, ketam, pelbagai jenis bebola segera yang menarik, sayur-sayuran, mi, nasi dan semestinya sos mereka yang amat padu! Aiskrim juga ada di sini.

Untuk sup steamboat di sini, anda boleh memilih sup ayam atau sup tomyam ikut citarasa anda.

image is not available
Sumber foto: FB Thai Garden BBQ Steamboat

image is not available
Sumber foto: FB Thai Garden BBQ Steamboat

Harga untuk steamboat di sini

Harga untuk dewasa di sini adalah, RM 43.90 dan untuk kanak-kanak serta warga emas, hanya RM 29.90. Suasana di sini juga luas jadi anda boleh bawa bersama keluarga besar anda.

Jika anda suka makan dan boleh makan banyak, Thai Garden BBQ Steamboat ini adalah tempat yang paling sesuai untuk anda! Tunggu apa lagi jom kita makan macam tiada keesokan harinya!

Lagi tempat makan menarik untuk anda di sini: